Mesej palsu diulang siar sejak 2014 untuk takutkan orang ramai
KUALA LUMPUR
– Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan mesej yang tular di platform
WhatsApp mendakwa seorang lelaki dikehendaki polis, kerana aktif dalam
kegiatan penjualan organ manusia, serta perogol bersiri di negara ini
dan sempadan Thailand.
Ketua
Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk
Asmawati Ahmad berkata, pihaknya tidak pernah menerima sebarang maklumat
sahih atau laporan polis yang dibuat, berkaitan kejadian penculikan
untuk tujuan penjualan organ di negara ini.
“PDRM
telah mengesan mesej tular di platform WhatsApp yang dibuat atas nama
ACP Datin Asmawati Ahmad, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi
Korporat) mendakwa kononnya seorang lelaki, Mohd Faris Farhan Akhlaken
Ahmad dikehendaki polis, kerana aktif dalam kegiatan penjualan organ
manusia serta perogol bersiri di negara ini dan sempadan Thailand.
“PDRM
ingin mengesahkan bahawa mesej yang tular itu adalah tidak benar, dan ia
merupakan mesej palsu yang diulang siar beberapa kali sejak tahun 2014
bagi tujuan membangkitkan kegusaran dan ketakutan tanpa asas, dalam
kalangan orang ramai,” katanya dalam kenyataan malam ini.
PDRM juga
ingin memaklumkan bahawa sebarang kenyataan rasmi daripada pejabat
itu akan hanya dibuat melalui saluran serta format rasmi dan bukannya
melalui platform WhatsApp, katanya.
Asmawati
turut menasihati masyarakat untuk tidak mudah percaya dengan
berita-berita sensasi yang tidak berasas dan tidak ditentukan
kesahihannya.
“Tindakan
berkongsi atau menyebar berita-berita sedemikian akan hanya menimbulkan
keresahan dan kebimbangan masyarakat,” katanya.
Sila
hubungi pihak berwajib untuk mendapatkan kepastikan dan elakkan diri
daripada menjadi sebahagian kepada punca tularnya berita-berita palsu. –
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan