Isnin, 25 Februari 2019

Rupanya Mahathir lebih hebat daripada SPRM -- SPRM belum dapat maklumat penuh, kata Dr M


KLANG: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin belum mendapat maklumat sepenuhnya berhubung ketiadaan wang yang dikaitkan dengan 1MDB sebanyak RM90 juta yang masuk ke dalam akaun parti itu.

Beliau berkata SPRM memerlukan masa untuk menyiasat perkara itu, selain banyak lagi kecurian wang oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memerlukan masa untuk disiasat suruhanjaya itu.

“Yang itu SPRM kata. Dia ambil masa. Ini tak bermakna Najib tak curi. Cuma tak diselidik. Kita tunggu benar atau tidak,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dilapor berkata siasatan setakat ini tidak menemui sebarang kemasukan dana 1MDB ke dalam akaun PAS.

Beliau bagaimanapun enggan mengulat lanjut ketika ditanya sama ada siasatan terhadap PAS akan ditutup, susulan pengesahan itu.

SPRM menyoal beberapa individu dalam siasatannya termasuk Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dari PAS dan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa. Turut disoal bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata beliau tidak perlukan sokongan PAS kerana Pakatan Harapan (PH) mempunyai lebih separuh kerusi dalam Dewan Rakyat.

Beliau berkata apa yang perlu adalah sokongan wakil rakyat dan setakat ini lebih 50%.

“Sokongan itu pada sokongan yang dah menang. Tak usah lah cakap kepada saya, tandatangan surat kata nak sokong saya. Saya bukan kerajaan. Kerajaan mestilah PH,” katanya.

Rakyat kena bayar tol

Dr Mahathir berkata beliau menjangkakan kecaman rakyat apabila kerajaan tidak memansuhkan tol.

Katanya, rakyat mesti faham walaupun mereka tidak bayar tol tetapi kerajaan terpaksa bayar tol tersebut dan bayarannya menggunakan duit rakyat.

“Akhirnya rakyat membayar walaupun melalui kerajaan. Kerajaan perlu beli lebuh raya, duit siapa? Duit cukai dikutip daripada rakyat. Daripada itu jalan mesti diperbaiki sepanjang masa.

“Itu juga kena dibelanja oleh kerajaan. Tak lagi oleh syarikat. Dan ini bermakna sebahagian daripada cukai kita kutip mestilah diguna untuk menyelenggarakan jalan. Bermakna kerajaan akan kurangkan wang untuk lain projek yang perlu,” katanya.

MR :  Lain kali suruh aje Mahathir siasat.

Tiada ulasan: