KANGAR: Hanya dua ahli
PAS didapati menyertai Parti Amanah Negara (PAN) baru-baru ini dan
bukannya 80 orang seperti yang didakwa pemimpin parti itu.
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis Mohd
Shukri Ramli berkata, bekas Pengurus Besar PPK Lubuk Batu, Mansor Ismail
yang juga dilapor menyertai PAN bukan ahli PAS.
Katanya, individu terbabit merupakan penyokong tegar Umno.
“Manakala Nasaruddin Amran yang
dikatakan mewakili 50 penyokong PAS dari Kampung Seberang Ramai, Kuala
Perlis juga bukan ahli PAS,” katanya di sini.
Baru-baru ini laman berita Malaysiadateline melaporkan kononnya 80 penyokong PAS Perlis menyertai PAN.
Oleh itu, Mohd Shukri berharap pemimpin
PAN berhenti daripada terus mengamalkan politik fitnah kotor yang akan
memakan diri sendiri. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan