Isnin, 25 Februari 2019

Dua lagi suspek disyaki dalang penipuan pekerjaan di Kemboja ditahan

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUCHING: Polis menahan dua lagi individu yang disyaki dalang sindiket penipuan pekerjaan kepada 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Kemboja pada 11 Dis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata kedua-dua suspek, seorang lelaki dan seorang wanita yang masing-masing berumur 35 tahun itu ditahan di dua rumah berasingan di Traffic Garden dan Taman Chung Hua pada 5 petang semalam.

“Ketika serbuan, polis turut merampas telefon bimbit, kad ATM dan kad mastercard BigPay. Ujian saringan awal mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.–Bernama

Tiada ulasan: