Isnin, 25 Februari 2019

Kes penipuan pekerjaan: Seorang wanita dan lelaki ditahan di Kuching

Rohana Wahed, Astro Awani
Kes penipuan pekerjaan: Seorang wanita dan lelaki ditahan di Kuching
Ketua Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan tangkapan itu ketika dihubungi sebentar tadi.
 

KUCHING: Polis Sarawak menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes tipu pekerjaan berkaitan penahanan 47 rakyat Malaysia di Kemboja baru-baru ini.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan tangkapan itu ketika dihubungi sebentar tadi.

" Suspek ditangkap sekitar jam 5.00 petang Ahad. Individu pertama ialah seorang lelaki berusia 35 tahun yang ditahan di Traffic Garden manakala individu kedua, seorang wanita juga berusia 35 tahun di Taman Chung Hua, di sini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mustafa Kamal berkata, pihaknya turut merampas telefon bimbit, kad bank ATM dan Mastercard Bigpay.

"Saringan awal turut mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Methamphetamine," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, Polis Sarawak telah menerima 23 laporan, yang melibatkan 18 lelaki dan lima perempuan.

Tiada ulasan: