Pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan mempertikaikan langkah
kerajaan mengambil alih empat konsesi lebuh raya yang mempunyai
kepentingan besar syarikat Gamuda Bhd di dalamnya.
Lebih daripada itu bekas menteri besar Negeri Sembilan itu juga bertanya, mengapa kerajaan perlu menggunakan dana untuk memperoleh pegangan lebuh raya yang dimiliki Gamuda, dan bukannya milik Plus Malaysia Berhad.
"Berapa banyak nak kita guna duit kerajaan? Dengan kerajaan mengatakan tak ada duit (sekarang), maknanya kena pinjam.
"Mengapa sanggup berhutang untuk selamatkan Gamuda?
Menurut
Mohamad wang berbilion ringgit yang akan digunakan untuk langkah
tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu orang susah atau orang
kampung yang kini berdepan kejatuhan teruk harga komoditi.
Katanya kebanyakan orang susah berada di kawasan luar bandar.
"Mengapa
Gamuda saja? Mengapa tidak Plus sedangkan saham syarikat Plus dipunyai
Khazanah Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja," katanya.
Kadar tol sama seperti sekarang
Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas bertemu dengan orang ramai di Kampung Sungai Jai di Beranang hari ini.
Semalam mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mempunyai pegangan saham majoriti syarikat itu.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, dengan kejayaan pengambilalihan tersebut, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada.
Walaupun begitu caj tersebut adalah sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari.
"Kadar tol dihapuskan sama sekali pada waktu off-peak antara jam 11 malam dan 5 pagi, di mana penggunaan lebuh raya adalah percuma.
"Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa," kata kenyataan tersebut.
Lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.
Menurut Mohamad, Putrajaya mengumumkan rancangan tersebut ketika Jabatan Kerja Raya (JKR) belum membentangkan kajian mengenainya.
Justeru kata Mohamad setakat ini tiada terma rujukan bagi pengambilalihan tersebut.
"Mereka (kerajaan pusat) cuma umumkan untuk sedapkan hati orang di Semenyih. Itu sekadar cakap-cakap orang politik, dan pengumuman politik saja," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan