Isnin, 25 Februari 2019

Usaha k’jaan ambil alih lebuh raya saksikan saham Gamuda merudum

MALAYSIAKINI

   
Saham Gamuda Bhd merudum apabila pasaran dibuka semula pagi ini susulan rancangan kerajaan untuk mengambil alih konsesi tol syarikat pembinaan itu.

Saham Gamuda di Bursa Malaysia jatuh daripada RM3.04 kepada paras terendah RM2.65, iaitu merudum sebanyak 12.82 peratus.

Setakat jam 11.15 pagi, saham firma itu pulih sedikit menjadi RM2.79, namun masih kerugian sebanyak 8.22 peratus.

Sabtu lepas, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah mengadakan perbincangan untuk mengambil alih empat lebuh raya daripada Gamuda Bhd.

Lebuh raya itu adalah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Lalu Lintas Barat KL (Sprint Expressway), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Pintar (Smart).

Menurut Pejabat Perdana Menteri, jika pengambil-alihan itu berjaya, kerajaan merancang untuk menghapuskan tol dan mengenakan caj kesesakan di mana kadarnya adalah sehingga 30 peratus lebih rendah daripada kadar tol semasa.

Selain itu, tidak akan ada bayaran akan dikenakan semasa waktu puncak kesesakan iaitu antara jam 11 malam dan 5 pagi.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mendakwa rancangan itu sebagai tindakan "menyelamatkan" untuk Gamuda.

Tiada ulasan: