Isnin, 18 Jun 2018

Usahawan: Jualan runcit meningkat sejak kadar sifar GST

 
Peruncit alat permainan Mustakim Manaf berkata sentimen pengguna bertambah baik dan lebih ramai pembeli mengunjungi pusat beli-belah.


Pengarah GRV Toy Store, Mustakim Manaf, bercakap dengan pemberita selepas bermesyuarat dengan Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.


KUALA LUMPUR: Industri runcit menunjukkan peningkatan jualan sejak GST dijadikan kadar sifat pada 1 Jun, kata usahawan Mustakim Manaf.

Pengarah GRV Toy Store Sdn Bhd, Mustakim Manaf berkata, dia nampak lebih ramai pelanggan mengunjungi pusat beli-belah sekarang.

“GST kadar sifar beri kesan berbeza ke atas industri berbeza. Jika anda jual barangan elektronik, kesannya lebih besar.

“Sekarang apabila kadar GST dijadikan sifar, pengguna rasa gembira. Kita nampak pertumbuhan dari segi angka-angka.
“Dalam 3 atau 6 bulan lagi, pasaran akan menuju ke arah yang betul,” katanya kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan Majlis Penasihat Negara hari ini.

Kerajaan merancang memperkenalkan semula GST pada September untuk menggantikan GST.

Mustakim, yang juga memiliki francais Hamleys Toy Store di Malaysia dan Singapura berkata, perniagaan alat permainan semakin baik berbanding ketika GST berkuatkuasa.

“Namun begitu, alat permainan bukan barangan asas. Tentu sekali pengguna akan lebih risaukan isu lain, seperti makanan dan pendidikan.”

Bagaimanapun secara umumnya, sentimen pengguna bertambah baik dan sentimen pengguna dianggap penting oleh para peruncit.

Mustakim dalam pertemuannya dengan majlis itu menyeru kerajaan melaksanakan SST pada kadar yang lebih rendah daripada 10%.

Beliau menyokong saranan Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin, yang berkata kadar SST yang rendah, sekitar 3%-4% akan meningkatkan pematuhan dalam kalangan perniagaan.

Mustakim berkata sentimen pengguna antara cabaran yang dihadapi peruncit.

“Jika faktor yang menyebabkan pengguna rasa kewangan mereka selamat, peruncit akan merasai manfaatnya.”

Tiada ulasan: