Isnin, 25 Jun 2018

TRX City lapor polis RM3 bilion diseleweng 1MDB

THE MALAYSIAN INSIGHT

TRX City lapor polis RM3 bilion diseleweng 1MDB
TRX City Sdn Bhd, membuat laporan polis berhubung dana berjumlah RM3 bilion untuk pembangunan Tun Razak Exhange yang diseleweng 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar fail The Malaysian Insight
 
TRX City Sdn Bhd membuat laporan polis berhubung dana berjumlah RM3 bilion untuk pembangunan Tun Razak Exhange yang diseleweng 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Jalan Travers pada Jumaat, kata TRX City, yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB, dalam satu kenyataan hari ini.

"Pemindahan ini dibuat berdasarkan arahan 1MDB dan dialihkan dari kegunaannya yang digunakan untuk projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

"Sebanyak RM3 bilion dipindahkan dari TRXC kepada 1MDB antara pertengahan 2012 hingga awal 2017, ketika entiti itu adalah anak syarikat 1MDB dengan pemahaman bahawa ia akan dibayar balik kepada TRXC," kata syarikat itu.

Syarikat itu berkata ia akan memberi kerjasama kepada polis bagi membantu siasatan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini berkata RM3 bilion diseleweng untuk membayar hutang 1MDB.

 TRX City adalah pemilik dua projek hartanah di bawah naungan 1MDB, iaitu TRX, seluas 28.3 hektar dan Bandar Malaysia, seluas 196.6 hektar di Kuala Lumpur.


Tiada ulasan: