ISMAWEB
Mulai esok kutipan tol Sungai Besi dikurangkan sehingga 50 peratus
BANGI
– Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini, mengumumkan penamatan
bayaran tol bagi Jajaran Kuala Lumpur-Seremban dan Salak Expressway,
mulai tengah malam ini.
Dalam satu
kenyataan, LLM berkata, penamatan bayaran tol itu dibuat di Plaza Tol
Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
“Ini
bermakna, dengan penamatan tempoh konsesi jajaran tersebut, bayaran tol
di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di
antara 50 peratus hingga 1 peratus, atau di antara RM0.40 hingga RM1.70
bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan.
“Penamatan ini sekali gus akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari.
“Pengguna
yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol
mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja,” kata
kenyataan itu.
Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu menerusi laman web di www.plus.com.my atau aplikasi PLUS Mobile App.
Sehubungan
itu, LLM juga menasihatkan pengguna supaya mematuhi peraturan
perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan ketika melalui plaza tol
bagi memastikan perjalanan lancar ke destinasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan