OLEH NADIAH ZAMLUS
SHAH ALAM: Telekom Malaysia (TM) akan mengumumkan butiran
terperinci mengenai perkhidmatan jalur lebar murah melibatkan
syarikatnya bermula suku tahun akan datang.
Jurucakap syarikat itu berkata, TM bertemu dengan Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan
Mutimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu itu, hari ini.
“TM menyokong hasrat Kerajaan Malaysia untuk menurunkan harga jalur
lebar sehingga 25 peratus, seiring dengan aspirasi kementerian berkenaan
yang mahu supaya kelajuan internet di negara ini ditingkatkan sekali
gus meningkatkan daya saing,” katanya dalam kenyataan.
Pada
20 Jun lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo
berkata, harga perkhidmatan jalur lebar di Malaysia dijangka turun
sekurang-kurangnya 25 peratus pada hujung tahun ini.
Penurunan harga itu adalah berikutan pelaksanaan standard mandatori harga capaian (MSAP) sejak 8 Jun lalu.
Gobind juga mengarahkan SKMM mempertimbangkan langkah-langkah lain yang boleh menurunkan lagi harga jalur lebar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan