Peguam aktivis itu mempersoalkan jika agensi berita nasional itu masih dikawal BN.
PETALING JAYA: Peguam dan aktivis lantang, Siti Kasim, mempersoalkan sama ada Barisan Nasional masih mengawal Bernama, selepas saluran berita kendalian agensi berita nasional itu membatalkan temu bual bersamanya yang dijadual esok secara tiba-tiba.
Temu bual dengan Siti, yang terkenal dengan kritikan kuat terhadap birokrat agama akan disiarkan secara langsung mengenai topik cabaran dan pembaharuan pasca pilihan raya.
Siti tidak tahu siapa yang mengarahkan pembatalan itu.
“Saya fikir individu atau beberapa individu cukup tinggi dalam rantaian arahan sama ada di Bernama atau di Kementerian Penerangan – kebebasan editorial dihalang,” tulisnya di Facebook.
FMT cuba menghubungi menteri yang bertanggungjawab, Gobind Singh Deo untuk mendapatkan komen.
Siti mempersoalkan jika ada pihak berniat untuk medesak pandangan persendirian dan menghalang suara progresif.
“Nampaknya ada beberapa perkara di Malaysia baru tidak pernah berubah.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan