Rabu, 20 Jun 2018

Shahidan hanya tahu adiknya keluar Umno melalui media

THE MALAYSIAN INSIGHT
Shahidan hanya tahu adiknya keluar Umno melalui media
Shahidan Kassim menegaskan beliau tidak memperolehi sebarang berita atau maklumat mengenai tindakan adiknya keluar daripada Umno kerana berada di hospital.. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
an Kassim berkata beliau hanya tahu adiknya, Ismail Kassim keluar daripada parti dan bakal menyertai Bersatu selepas berita mengenainya disiarkan media.

"Saya berada di hospital di Kuala Lumpur, saya tidak dengar apa-apa berita atau maklumat mengenai perkara itu sebelum ini," katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Shahidan berkata buat masa ini beliau hanya menumpukan kepada sesi pemulihan kesihatannya dan akan berada di hospital untuk tempoh yang lama sehingga benar-benar pulih.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Azlan Man berkata beliau menghormati keputusan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang itu untuk meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas serta menyertai Bersatu.

"Itu adalah satu keputusan yang dia (Ismail) sendiri buat. Sebagai individu beliau berhak buat keputusan terbaik untuk dirinya dan saya yakin beliau sudah mengambil kira dan membuat pertimbangan tertentu sebelum memutuskan perkara itu," katanya.

Lewat malam tadi, Ismail memaklumkan beliau keluar Umno selepas hilang keyakinan terhadap pucuk kepimpinan parti dan menjadi wakil rakyat bebas dan keputusan itu demi kepentingan rakyat apabila beliau perlu menjalin hubungan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selain memaklumkan akan menyertai Bersatu dalam tempoh terdekat.

Ismail menyertai Umno sejak 30 tahun lalu ketika berusia 28 tahun dan pernah menjadi ketua Pemuda Umno Perlis, ketua Pemuda Umno Bahagian Arau dan timbalan ketua Umno Bahagian Arau. – Bernama,

Tiada ulasan: