MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ketua parti komponen
Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak membantah senarai anggota kabinet dan
timbalan yang dibentuknya itu.
"(Saya) memberitahu ketua-ketua parti, bahawa (saya) akan memilih orang yang mungkin tidak berada dalam senarai mereka dan mereka tidak membantah.
"Saya hubungi mereka, menteri dan timbalan menteri untuk bertanya sama ada mereka terima jawatan yang saya berikan... Dan peliknya, tidak banyak bantahan.
"Ada yang merasakan bahawa, saya sepatutnya memberikan itu dan ini... tetapi apabila saya jelaskan, saya sudahpun mengisi kekosongan di tempat-tempat itu, mereka tidak bantah, mereka menerima," katanya kepada Channel News Asia yang berpangkalan di Singapura.
Mengenai sama ada kerajaannya boleh bertahan memandangkan ia terdiri daripada empat parti yang ideologi mereka berbeza-beza, Mahathir berkata pentadbirannya agak bernasib baik.
"Sebelum ini, terdapat parti yang dominan - Umno adalah parti dominan tetapi (sekarang) kamu perlu dengar empat suara yang berbeza.
"(Saya) perlu merumuskannya dan berkata, ini secara amnya apa yang saya percaya dan kemudian mendapatkan persetujuan mereka.
"Nasib baik, kami berjaya mencapai persetujuan di sebalik hakikat menurut ramai pihak bahawa gabungan kami bukanlah sesuatu yang sangat kuat," katanya.
Mahathir berkata beliau menjangka akan mempunyai 29 individu dalam kabinetnya - turun dari 35 dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak - dan majlis mengangkat sumpah itu di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan berlangsung Isnin depan.
Beliau juga menafikan tuduhan bahawa beliau menangguhkan pelantikan itu kerana terdapat perbalahan di kalangan pemimpin HRAPAN.
"Tidak benar ... Senarai saya sudah lengkap dan telah diserahkan kepada Seri Paduka," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan