SELANGOR KINI
Rakyat Selangor akan mendapat menteri besar yang baharu pada 19 Jun ini.
Ini berikutan istana hari ini mengumumkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk diadakan istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan menteri besar Selangor yang baharu pada tarikh itu.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata istiadat itu akan diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
“Sehubungan dengan istiadat pelantikan yang bakal berlangsung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan turut melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berkuat kuasa pada tarikh sama,” katanya dalam kenyataaan hari ini.
Selangor bakal mendapat menteri besar baharu selepas penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilantik untuk penggal kedua sebelum ini dilantik sebagai menteri hal ehwal ekonomi.
Azmin, 54, yang juga Timbalan Presiden KEADILAN mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 23 Sept 2014.
Beliau kembali menyandang jawatan itu selepas berjaya memimpin Pakatan Harapan Selangor mempertahankan negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan