Isnin, 25 Jun 2018

Polis siasat perhimpunan di kuil Batu Caves

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Polis menyiasat berkenaan perhimpunan yang dihadiri kira-kira 200 penyokong, dipercayai daripada dua persatuan Hindu, di luar kawasan kuil Batu Caves dekat sini bermula 8 pagi tadi.

Perhimpunan itu diadakan bagi menyuarakan masalah pengurusan dalaman kuil terbabit tetapi berlaku sedikit kekecohan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Tey Kong Seng berkata Ketua Polis Balai Selayang akan membuat laporan polis sebelum pihaknya membuka siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya pemantauan polis mendapati kumpulan penyokong itu, bagaimanapun bersurai secara aman kira-kira 12 tengah hari.

“Pihak kuil Batu Caves telah mengambil langkah awal dengan menghalang dan menutup pintu hadapan kuil itu dengan hanya membenarkan orang awam masuk untuk sembahyang sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.– Bernama

Tiada ulasan: