Isnin, 11 Jun 2018

Polis serbu rumah dipercayai ada kaitan siasatan kes Najib

MALAYSIA GAZETTE

Beberapa anggota polis membawa keluar beberapa kotak dipercaya mengandungi barangan yang ada kaitan dengan siasatan kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Presint 10, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 11 JUN 2018.
Beberapa anggota polis membawa keluar beberapa kotak dipercaya mengandungi barangan yang ada kaitan dengan siasatan kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Presint 10, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL
 

PUTRAJAYA –  Sepasukan polis melakukan serbuah ke atas sebuah rumah di Presint 10 di sini dipercayai mempunyai kaitan dengan kes membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Serbuan dipercayai bermula pada jam 1.20petang dan sehingga pukul 3.09 petang  anggota polis berkenaan dilihat di premis tersebut.

Mereka dilihat membawa keluar beberapa kotak sebelum meninggalkan kediaman tersebut menaiki empat buah Proton Preve.

Sebuah Toyota Nissan yang mempunyai logo syarikat kawalan serangga perosak turut dilihat meninggalkan premis tersebut.

Menurut sumber, rumah tersebut pernah didiami oleh bekas setiausaha sulit Najin iaitu Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebelum terbiar kosong lebih setahun lalu.

Kira-kira 20 pengamal media berkumpul di perkarangan premis tersebut untuk membuat liputan operasi yang dijalankan.— BERNAMA


Tiada ulasan: