Rabu, 6 Jun 2018

Penjawat Awam Negeri Sembilan dapat bantuan khas raya RM1,000



Penjawat Awam Negeri Sembilan dapat bantuan khas raya RM1,000

Seramai 3,800 orang penjawat awam negeri ini bakal menerima bantuan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM1,000 seorang.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, secara keseluruhan bantuan itu akan melibatkan pembayaran sebanyak RM3.8 juta.

“Pembayaran bantuan khas Hari Raya ini akan dibayar pada Isnin depan dan meliputi semua gred dalam perkhidmatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco di Wisma Negeri hari ini.

Aminuddin turut menasihatkan penjawat awam untuk berbelanja secara berhemat supaya tidak menghadapi masalah kewangan apabila kembali bekerja selepas bercuti Hari Raya.

Tiada ulasan: