Khamis, 7 Jun 2018

PAS KEKAL SEBAGAI ‘KUASA KETIGA’




PAS konsisten untuk terus menjadi ‘kuasa ketiga’ dalam politik negara dan sedia bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahupun Barisan Nasional (BN).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata berbekalkan 18 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat, parti itu tidak terikat dengan mana-mana pihak.

“Sebagai pembangkang, PAS boleh bekerjasama dengan BN untuk membangkang secara matang apa saja yang negatif daripada kerajaan.

“Namun dalam mempertahankan kedaulatan negara, PAS boleh bekerjasama dengan Kerajaan PH.
“PAS tidak terikat dengan PH mahupun BN,” tulis beliau di Twitternya pada Rabu.

PAS sebelum ini sering menyatakan komitmennya sebagai ‘kuasa ketiga’ melalui Gagasan Sejahtera – gabungan parti itu dengan beberapa parti pembangkang kecil dan NGO.


Tiada ulasan: