Sabtu, 23 Jun 2018

Orang ramai dijemput ke Majlis Rumah Terbuka AMANAH 30 Jun ini.

 
Orang ramai dijemput ke Majlis Rumah Terbuka AMANAH 30 Jun ini.

Parti Amanah Negara (AMANAH) akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2018 pada 30 Jun 2018, Sabtu bersamaan 16 Syawal bertempat di Dewan Tun Ali Bukit Katil Melaka bermula dari jam 11.00 Pagi hingga 3.00 Petang.

Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah pada tahun ini sesuai dengan kejayaan AMANAH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu dan diberi mandat mengetuai pentadbiran kerajaan negeri dengan perlantikan Ketua Menteri, Adly Zahari.

Menurut Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir seluruh kepimpinan tertinggi AMANAH akan hadir pada majlis ini termasuk yang telah menjawat jawatan dalam kerajaan persekutuan.

Sementara kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga turut diundang untuk sama-sama bertandang ke Melaka.

Orang ramai dari pelbagai kaum dan agama dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan ini.

Tiada ulasan: