Madiha Abdullah, Astro Awani
Biarpun tidak menafikan hutang langsung negara berjumlah RM687 billion, namun angka RM1 trilion itu adalah mengambil kira hutang dari Jaminan Kerajaan, antaranya seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Saya menafikan dakwaan Datuk Seri Najib berkenaan hutang negara kononnya tidak sampai RM1 trilion.
"Angka yang disebut kerajaan adalah termasuk Jaminan Kerajaan yang kini telah menjadi hutang langsung negara, sebagai contoh 1MDB.
"Mengapa beliau perlu berselindung di sebalik definisi hutang? Berterus terang sahajalah," kata Lim.
Lim berkata kerajaan memutuskan untuk mengklasifikasikan Jaminan Kerajaan sebagai hutang langsung kerana ketidakupayaan pihak terlibat untuk menyelesaikan hutang mereka dan ia kini perlu ditanggung kerajaan.
Lim ditemui ketika majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan hari raya di Palace of the Golden Horses, pada Rabu.
Dalam majlis anjuran Country Heights Holding Berhad itu, sebanyak 844 keluarga kurang berkemampuan dan 156 anak yatim dari seluruh negara menerima sumbangan berupa keperluan hari raya dan barangan persekolahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan