Walaupun kerajaan tidak pernah menafikan hutang langsung negara itu ialah RM687 bilion, Guan Eng menegaskan bahawa hutang kerajaan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) harus diambil sebagai hutang langsung kerana kerajaan perlu membayar hutang itu.
"Najib sepatutnya menganggap 1MDB sebagai salah satu hutang terbesar tetapi mengapakah Najib terus bersembunyi di belakang definisi hutang itu?
"Najib bukan sahaja menipu rakyat tetapi menipu diri sendiri," katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa amal yang dianjurkan oleh Country Heights Holdings Berhad di Istana Kuda Emas, di sini, hari ini.
Guan Eng berkata, kerajaan memutuskan untuk mengklasifikasikan liabiliti kongenital dan jaminan kerajaan sebagai hutang langsung kerana ketidakupayaan pihak terlibat untuk menyalurkan hutang yang perlu ditanggung oleh kerajaan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Najib bertegas hutang negara RM1 trilion tidak benar]
Beliau juga mengesahkan, komitmen kerajaan terhadap pasaran modal dalam menangani hutang lebih RM1 trilion meskipun langkah baru untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pengenalan semula subsidi minyak.
"Kami akan mengambil beberapa langkah fiskal yang diperlukan yang akan menjadikannya sukar.
"Bagaimanapun, dengan menyesuaikan langkah fiskal yang teratur, kami akan dapat mengekalkan tahap defisit anggaran pada 2.8% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)," katanya.
Beliau menambah, kerajaan akan mencapai matlamat itu dengan mengkaji semula projek-projek pembangunan semasa.
Terdahulu, Najib mengulas kenyataan agensi penarafan kredit antarabangsa terkemuka Moody's
Sekali gus menempelak tuduhan kerajaan Pakatan Harapan mengenai hutang yang membelenggu negara yang dikatakan mencecah RM1 trilion dengan nisbah hutang 80.3 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan