Sabtu, 23 Jun 2018

Mejar Razali putus dengan Jamal, keluar Umno

MALAYSIAKINI


Salah seorang pemimpin Umno cawangan, Mejar(B) Razali Zakaria hari ini mengumumkan keluar Umno namun tidak menyertai BERSATU, sebaliknya hanya menyokong kerajaan HARAPAN di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Tak..tak..saya tak masuk BERSATU..cuma kita menyatakan sokongan penuh pada Tun M.. dan mengambil pendirian untuk jadi pemerhati kepada kerajaan baru..untuk check and balance.." katanya.

Bagaimanapun, Mejar(B) Razali yang dilihat dekat dengan ketua Umno bahagian Sungai Besar yang dikehendaki polis, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata beliau juga telah memutuskan hubungan dengan Jamal kerana tidak yakin dengannya.

"Saya dah lama tinggalkan dia..dalam 6 bulan lepas...sebab saya nampak dia ni berjuang untuk diri dia sendiri

"...bila polis nak tahan, dia lari," kata Razali yang juga bekas ketua cawangan Umno Tasik Jaya Bandar, Cheras.

Sebelum itu, Razali dan beberapa ketua Umno cawangan serta NGO membuat pengumuman tersebut pada sidang media di Senawang, Negeri Sembilan hari ini.

Razali, yang juga Pengerusi NGO Pertubuhan Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) dilihat memainkan peranan penting dalam gerakan Baju Merah.


Tiada ulasan: