Isnin, 18 Jun 2018

'Kesalahan peribadi boleh dimaafkan tapi undang-undang perlu dilaksana'

 


Pada hari pertama Aidilfitri, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberi gambaran agar rakyat "membuka lembaran baru dan lupakan kisah lampau".

Namun Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata: "Semangat itu betul, tapi undang-undang perlu dilaksanakan. Jika ia kesalahan peribadi, kita boleh lupa dan maafkan.

"Wang yang diseleweng, itu perlu melalui proses," katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui di Guar Perahu, Permatang Pauh sebagai mengulas ucapan Hari Raya Najib di Facebook.

Anwar menemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri rumah terbuka malam ini.

Walaupun tidak menjawat jawatan tertentu selepas dibebaskan dari penjara, pendapat Anwar sering menarik perhatian media antarabangsa.

Najib yang kalah pada pilihan raya umum lalu disiasat polis dan SPRM berhubung dakwaan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Meskipun angin ribut sebelum itu, kira-kira 30,000 penyokong Anwar dan Wan Azizah menghadiri rumah terbuka berkenaan.

Tiada ulasan: