AKMAL HAZIQ
Kakitangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melahirkan rasa
dukacita atas tindakan Menteri Pendididikan, Dr Maszlee Malik melantik
Profesor Dr Mohd Rafi Yaacob sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan
Antarabangsa yang baharu bermula 16 Jun 2018.
Jelas mereka, beliau bersama Naib Canselor dan lain-lain Pegawai
Utama UMK, sebelum dan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu
merupakan kumpulan kempen Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk Datuk
Seri Ideris Jusoh.
“Kumpulan ini termasuk Profesor Rafi dan Pendaftar merupakan jentera
Umno-BN yang memaksa kakitangan UMK terutama yang berstatus kontrak
supaya berpindah tempat mengundi sejak 2014 lagi ke kawasan bekas
Menteri Mentor UMK di parlimen Jeli.
“Kami memohon supaya lantikan ini digantung sehingga jawatankuasa
pemilih baharu dibentuk bagi memilih TNC Akademik baharu secara telus,
berintegriti dan menyokong agenda reformasi kerajaan Pakatan Harapan
(PH).
“Sekiranya ini tidak berlaku maka agenda tranformasi dan reformasi
yang dinyatakan dalam manifesto PH akan gagal di peringkat IPTA,” kata
mereka dalam satu kenyataan.
Jelas mereka lagi, pihaknya amat kecewa dengan keputusan Menteri
Pendidikan berhubung lantikan itu dan memohon Perdana Menteri (PM) dan
Timbalan Perdana Menteri (TPM) membawa perkara tersebut ke kabinet.
Mereka juga menyeru supaya perlantikan tersebut yang bermula 16 Jun
2018 itu digantung sehingga Jawatankuasa Pemilih baharu dibentuk dan
mengesyorkan seorang atau beberapa calon untuk perakuan Menteri
Pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan