OLEH ERMIZI MUHAMAD
SHAH ALAM- Pusat Governans Intergriti dan Anti Rasuah (GIACC)
ditubuhkan bagi memantau sebarang salah laku rasuah membabitkan
kakitangan kerajaan.
Jabatan Perdana Menteri memaklumkan, penubuhannya seiring hasrat
Kerajaan Pakatan Harapan dalam memastikan tatakelola pentadbiran
Putrajaya telus dan bebas rasuah.
“Pusat ini bertangunggjawab dalam merancang, menggubal strategi dan
menilai polisi dalam memastikan semua urusan kerajaan dilaksanakan
berteraskan tadbir urus baik, intergriti dan tiada toleransi kepada
perbuatan rasuah.
“Antara
tugas awal GIACC yang dipersetujui perdana menteri adalah untuk
memastikan 21 janji berkaitan governans, integriti dan anti rasuah yang
dikenalpasti terdapat dalam manifesto kerajaan diberi tumpuan khusus
untuk dilaksanakan, dalam fasa tertentu,” menurut JPM dalam
kenyataannya.
JPM memaklumkan, penubuhan badan itu juga tidak akan menyebabkan berlakunya pertindihan bidang agensi lain sedia ada.
Sebaliknya, agensi rasuah lain akan distruktur semula mengikut kesesuian fungsi penubuhan GIACC.
Pada masa sama, GIACC bakal diterajui Mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM,
Tan Sri Abu Kassim Mohamed, yang dipersetujui lantikannya oleh perdana
menteri.
“Semua cadangan penambahbaikan oleh GIACC akan dibentangkan
Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) untuk
diputuskan.
“JKKMAR ini ditubuhkan dengan berperanan dalam penentuan dasar dan
hala tuju governans, integriti dan anti rasuah di negara ini melalui
kerangka Pelan Anti Rasuah yang bakal digubal kelak,” kata kenyataan
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan