Wartawan Watan-Online
Lantikan Peguam Negara (AG) dalam kalangan bukan Islam bakal mengundang percanggahan terhadap tujuan utama pelantikan jawatan terbabit oleh Yang di-Pertuan Agong.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata ia disebabkan Seri Paduka perlu mengambil kira kepentingan dan kemaslahatan agama Islam dengan melantik individu yang mampu memelihara Islam pada setiap masa dan keadaan.
“Kami berdiri teguh di belakang Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu dalam melaksanakan obligasi berperlembagaan untuk melantik seorang Peguam Negara yang akan menasihati baginda.
“Ini termasuklah kedudukan Seri Paduka dalam hal ehwal berkaitan dengan agama Islam, tiada konflik kepentingan dan mempunyai jati diri yang kukuh di samping ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Raja dan negara,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Bagaimanapaun, laporan sebuah portal yang memetik seorang pakar undang-undang berkata dalam sejarah Malaysia, terdapat tujuh peguam negara bukan Melayu-Islam sejak dari zaman Tanah Melayu sehingga sekarang.
Namun dua individu iaitu Cecil M Sheridan (1959-1963) dan Athi Nahappan (1970-1974) dilantik Yang di-Pertuan Agong tanpa sebarang masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan