Sabtu, 2 Jun 2018

Bonda Sultan Johor mangkat di London


 
 Bonda Sultan Johor mangkat di London



Bonda Sultan Johor, Enche’ Besar Khalsom Abdullah mangkat di London, pada Jumaat, pada usia 83 tahun.

Berita kemangkatan itu disahkan Johor Royal Press Office (RPO) sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Enche’Besar Hajah Khalsom Abdullah, onda Sultan Johor telah mangkat di London, kenyataan mengenai pengebumian akan dimaklumkan oleh Jumaah Majlis Diraja Johor,” menurut kenyataan ringkas RPO.

Terdahulu, Johor Southern Tigers (JST) turut mengumumkan khabar dukacita tersebut menerusi muat naik di laman rasmi JST di Facebook.

Almarhum dilaporkan mangkat di London disebabkan sakit tua pada 1 Jun (waktu Malaysia).

Tiada ulasan: