Amran Kasimin merupakan Adun Bangi dari 2004 hingga 2008 dan bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR: Bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi Amran Kasimin meninggal dunia petang semalam pada usia 75 tahun.
Menantu beliau, Dr Lenny Suryani Safri yang mengesahkan perkara itu
berkata, beliau menghembuskan nafas terakhir pada 5.56 petang di Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang juga dikenali sebagai
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini.
“Abah, terima kasih atas 19 tahun yang indah. Satu penghormatan besar
buat saya menjadi anak perempuan …terima kasih di atas kasih sayang
yang tidak berbelah bagi. Rasa setengah nyawa Lenny hilang bah (abah),”
menurutnya di laman sosial Facebook.
Beliau berkata, jenazah dibawa ke kediaman di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang malam tadi dan akan dikebumikan pagi ini.
Menurutnya, solat jenazah akan diadakan di Surau Al Istiqomah di kampung itu.
Amran Kasimin, Adun Bangi dari 2004 hingga 2008, juga merupakan
seorang pengamal perubatan Islam dan bekas pensyarah Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) serta bekas ahli Lembaga Pengarah UKM.
PENGARAH filem Tragedi Oktober, Yusof Kelana meninggal dunia di
kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang jam 9.30 pagi, hari ini.
Isteri Allahyarham, Nur Maynah ketika dihubungi berkata, suaminya
menghembuskan nafas terakhir ketika dia dan anak-anak sedang membacakan
surah Yasin.
"Arwah berada dalam keadaan sedar, cuma dia diam dan tak bergerak
sebelum meninggal dunia. Saya panggil anak-anak untuk membaca Yasin.
Saya juga sempat bisik ke telinganya dengan menyebut kalimah
Lailahaillallah," katanya.
Menurut Maynah, keadaan suaminya itu berada dalam keadaan baik tetapi tiba-tiba lemah hari ini.
"Kelmarin dia okey saja. Arwah tidak menunjukkan perubahan yang ketara, mungkin sudah tiba ajalnya.
"Arwah dijangka dikebumikan selepas solat Asar hari ini, namun belum
dipastikan lokasi pengebumian. Tetapi kalau boleh saya ingin arwah
dikebumikan di tanah perkuburan yang berhampiran dengan rumah," katanya.
Sebelum ini, Yusof, 66, yang disahkan menghidap kanser kulit tahap
empat dikhabarkan berada dalam keadaan tenat di Institut Kanser Negara
(IKN), Putrajaya.
Yusof yang disahkan menghidap kanser pada Julai lalu, mulanya menyangka luka pada tapak kakinya hanya kecederaan biasa.
Selepas mengalami sakit dada dan terjatuh di rumah, barulah pengarah
filem Bahaya Cinta dan Bidong: The Boat People itu dibawa ke hospital
biarpun berulang kali diajak anaknya.
Disebabkan tidak mempunyai sejarah penyakit kencing manis, pihak
hospital bertindak melakukan ujian Computed Tomography atau CT Scan dan
menemui sel kanser yang sudah berada pada tahap empat.
Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian Abd Jalil Ali meninggal dunia pagi ini.
Berita berkenaan disahkan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Dr Hussamuddin Yaacub di laman Twitter beliau.
Menurutnya,
setakat jam 7.08 pagi, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan
akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
“Semoga
sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah
kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter
miliknya.
Abd
Jalil berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kewartawanan dan turut
memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan
Warisan Ummah Ikhlas.-Bernama
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Gerakan Pembela Ummah
(UMMAH), Mansor Ibrahim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di
sebuah hospital di Subang, malam tadi.
Pemergiannya itu menjadi satu kehilangan besar buat NGO yang menjadi
gabungan besar sekitar 300 NGO lain itu dan telah menyemarakkan
kebangkitan rakyat mutakhir ini.
Antara terbesar semasa Almarhum bersama UMMAH telah bergiat aktif
menyatupadukan pelbagai NGO Melayu-Islam dengan mengadakan kegiatan
membangkit kesedaran ummah di negara ini.
Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa dan Ahli Jawatankuasa UMMAH
merakamkan takziah kepada seluruh kaum keluarga Allahyarham atas
kembalinya beliau ke rahmatullah.
Allahyarham yang dilahirkan pada 23 Oktober 1954 berkelulusan Sarjana
Ekonomi dari Eastern Michigan University, Amerika Syarikat dan pernah
memegang jawatan eksekutif dibeberapa syarikat serta pernah aktif
bersama Umno.
Beliau turut pernah dilantik menganggotai Jawatankuasa Mempromosi
Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) oleh Dato’
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri sebelum ini.
Allahyarham bersama Presiden dan Ahli Jawatankuasa UMMAH juga baharu
sahaja mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang, kelmarin.
Jenazah mungkin akan disolat dan dikebumikan pada esok hari selepas
selesai semua urusan berkaitan oleh pihak hospital yang akan dimaklumkan
kemudian. – HARAKAHDAILY
PEKAN – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian,
Datuk Mohamad Noordin Awang, 69, yang telah kembali ke rahmatullah 7
petang tadi.
“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan kita berdoa agar
rohnya ditempatkan dalam kalangan golongan beriman dan beramal soleh.
“Innalillahi wainna ilaihi roji’un,” katanya dalam satu catatan di Facebook malam tadi.
Dilaporkan, Allahyarham yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO
Negeri Kelantan meninggal dunia akibat kanser paru-paru di kediamannya
di Kampung Kota, di sini.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Panjang, Kampung Kota pada jam 6.30 pagi esok. – UMNO ONLINE
TARIKH yang sama dengan pemergian Almarhum Tuan Guru
Dato’ Fadzil Mohd Noor dan Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, hari ini tanggal
22 Jun, Ahmad Subki Abdul Latif atau Subky Abdul Latif pergi menemui
Penciptanya.
Almarhum meninggal di rumahnya di Padang Balang, Gombak pada jam 11.05 pagi dan meninggalkan seorang balu serta lima orang anak.
Ia
satu kehilangan besar buat dunia penulisan khasnya kewartawanan, apatah
lagi Pak Subky adalah ‘guru’ kepada ramai penulis khsusunya di Harakah
ketika ini.
Pak Subky yang merupakan kolumnis Harakah dan HarakahDaily adalah
seorang penulis dan beliau merupakan kolumnis tetap ruangan Mens Sana in
Corpore Sano dalam akhbar Harakah terbitan PAS, dan kolumnis bagi
portal HarakahDaily.
Di peringkat parti, beliau merupakan Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS, platform yang menghimpunkan veteran parti ini.
Beliau
dilahirkan di Setiawan, Perak pada 28 Julai 1940[2]. Beliau berkahwin
dengan Hajah Naznah binti Taha dan anak-anak iaitu Dang Fatiha, Hang
Muhammad Iftitah, Abdul Latif Rahbar, Muhammad Ramadhan Subky dan Ahmad
Huzaifah.[3]
Subky Abdul Latif pernah menjadi pemberita Utusan
Melayu dan Warta Negara di Pulau Pinang mulai 1963. Beliau pernah
menyertai Kursus Diploma Kewartawanan di Internationales Institut für
Journalismus, Berlin Barat, Jerman.
Beliau memulakan kerjayanya
sebagai seorang wartawan di Utusan Melayu. Beliau merupakan mantan
wartawan kanan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu yang sangat disegani dan
popular dengan tulisannya yang sangat berwibawa selaku pengarang tajuk
rencana dan penulis pojok.
Pada masa itu, beliau berada di
barisan ketiga dalam hierarki pimpinan Utusan Melayu, iaitu Mazlan
Nordin (Tan Sri), Osman Abadi dan beliau di tempat ketiga.
Hal
ini demikian kerana, dalam kalangan wartawan kanan yang telah lama
bertugas di Utusan waktu itu, termasuk Zainudin Maidin (kini Tan Sri),
Ali Salim (Jiro) dan lain-lain, Subky Latif lah yang ada latar belakang
pendidikan yang agak tinggi iaitu MCE dan pelajaran agama di Gunung
Semanggol, Perak.
Beliau kerap mengikuti kursus sambil belajar di
negara-negara luar khususnya di negara Eropah yang ditaja oleh pejabat
kedutaan asing di Kuala Lumpur. Beliau turut menjadi pengasas beberapa
buah akhbar seperti dwi mingguan ‘Suara Rakyat’ dan ‘Suara Merdeka.’
Begitu juga dengan beberapa majalah yang ‘diciptanya’ seperti ‘Sarina’,
‘Keluarga’, ‘Kisah Cinta’ dan ‘Kritik’.
Pada tahun 1976, Tan Sri
Mohd Khir Johari melancarkan akhbar ‘Harian Watan’ yang tujuannya untuk
menjadi suara bebas. Akhbar dwibahasa itu adalah untuk menjadi
alternatif kepada akhbar arus perdana.
Bagaimanapun, akhbar yang dipimpinnya itu gagal dan kemudian menjadi tabloid politik mingguan.
Beliau merupakan pengasas akhbar lidah rasmi PAS iaitu Harakah pada tahun 1978.[5]
Sebelum
memasuki PAS, beliau pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada mantan
Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein
Dalam
arena politik, Subky Abdul Latif pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat 1983 hingga 2005. Beliau memegang jawatan Ketua Penerangan PAS
Pusat bermula tahun 1988[8]. Beliau pernah juga menjawat jawatan
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan (2007) dan Naib Ketua Dewan Pemuda
PAS Pusat. Kini beliau merupakan Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS,
platform yang menghimpunkan veteran parti Islam tersebut.[1]
Almarhum
Subky pernah menjadi calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen
Pelabuhan Kelang 1979 menentang calon MIC, DAP dan Bebas. Pilihan raya
tersebut diadakan berikutan kematian Tan Sri V. Manikavasagam.
Walau
bagaimanapun, beliau tewas. Sebaik sahaja kalah, beliau telah menulis
buku Anak Jawa Pelabuhan Kelang : Analisa Awal Pilihanraya Kecil.[9]
Selain itu, beliau turut bertanding dalam siri pilihan raya umum
Malaysia bagi tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.
Harakah mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum, dan sama-sama menyedekahkan al-fatihah kepada Almarhum –HARAKAHDAILY
MR : Aku sedih, sebelum ini Pak Syed... Hj Subky. Tenaga dalaman parti
Malim Ghozali PK meninggal dunia pagi ini di Hospital Serdang. - Foto Sinar Harian
IPOH: Menteri Besar Perak,
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan pemergian penerima Anugerah
Penulisan Asia Tenggara (SEA Award) 2013, Dr Mohamed Ghazali Abdul
Rashid atau nama penanya Malim Ghozali PK, sebagai satu kehilangan besar
kepada dunia sastera.
Malah, kata Ahmad Faizal, secara
peribadi, Allahyarham yang dikenali dengan Pak Malim sangat rapat
dengannya dan bagaikan ayahnya sendiri.
“Bagi pihak
pentadbiran kerajaan negeri dan seluruh rakyat negeri Perak saya, dengan
perasaan penuh hiba dan pilu, mengucapkan takziah kepada keluarga
Allahyarham.
“Pastinya kita akan terus menyanjungi karya-karya
ulung beliau yang telah menjadi sebahagian daripada khazanah agung
bidang sastera negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malim Ghozali PK meninggal dunia pagi ini di Hospital Serdang.
Ahmad Faizal menyeru umat Islam untuk menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah buat Allahyarham.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, dihimpunkan
bersama-sama mereka yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan
sebaik-baik ganjaran syurga.
“Kita doakan agar keluarga Allahyarham Pak Malim dikuarniakan ketabahan dalam menghadapi ujian yang berat ini,” ujarnya.
Selain pernah memenangi SEA Write Award 2013, Malim juga adalah calon
Sasterawan Negara Malaysia ke-14, novelis, penyair dan penulis terkenal.
Malim dinobatkan kerajaan negeri Perak sebagai Sasterawan Perak ketiga
pada 13 Disember 2014 selepas Suhaimi Muhammad (1987) dan Mana Sikana @
Dr Abdul Rahman Hanapiah (2004).
Beliau menghasilkan pelbagai
jenis sastera, antara karya-karya terbaiknya adalah novel Redang,
diterbitkan pada 1988, Janji Paramaribo (1990), koleksi cerpen, Usia
(2006), puisi Gemaruang (1987) dan Fantasi Malam (2007).
Perdana
Menteri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemergian tokoh wartawan Datuk
Ahmad A Talib yang juga rakan akrab beliau, sebagai satu kehilangan
besar kepada negara, khususnya dunia pemberitaan dan komunikasi.
Menzahirkan
kesedihan atas pemergian Allahyarham, Muhyiddin berkata, Allahyarham
yang mesra disapa Tok Mat, telah banyak menabur jasa dan bakti kepada
dunia kewartawanan, dan telah menyumbang serta memainkan peranan besar
dalam memperkasakan institusi media, di negara ini.
“Secara
peribadi saya telah lama mengenali Allahyarham dan amat menghormati
beliau. Saya pasti ramai lagi yang turut berkongsi rasa keakraban yang
murni ini.
“Allahyarham akan sentiasa diingati sebagai seorang
yang murah hati, merendah diri, dan amat penyayang orangnya,” katanya
menerusi hantaran di laman Facebook malam ini.
Allahyarham
yang berusia 69 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti
Malaya (PPUM), di sini pada 5.42 petang tadi, selepas bertarung dengan
kanser hati.
Dalam hantaran itu, Muhyiddin turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, atas kehilangan insan tercinta.
“Moga
Allah mengampuni dia, merahmati dia, memaafkan dia, muliakan kematian
dia, lapangkan kubur dia, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal
dia, dan memberi kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah
ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,”
katanya.
Ahmad memulakan kerjaya sebagai wartawan dengan Bernama
pada tahun 1972 sebelum menyandang pelbagai jawatan kanan di syarikat
korporat termasuk di New Straits Times Press (NSTP) dan Media Prima
Berhad (MPB).
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Raudhatul Sakinah Kem Perdana Sungai Besi, selepas Isyak.- Bernama
KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.
"Duka
cita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus meninggal dunia sebentar
tadi. Al-Fatihah," menurut kenyataan di Facebook itu.
Sementara
itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri
ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan
pemergian Allahyarham.
Ia turut memaklumkan Allahyarham
menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman di Ampang, dekat sini, pada
jam 12.30 tengah malam tadi.
"Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham di tempat yang mulia di sisi Allah SWT," katanya.
Menurut
EXCO Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi
Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan
keadaan kesihatan yang agak lemah.
Allahyarham yang juga
bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal
pada 1999 hingga 2004 dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS
Pusat.
Pendakwah itu kemudian dirujuk ke Hospital Kuala
Lumpur (HKL) pada hari sama dan didapati terdapat jangkitan di bahagian
paru-paru.
Pada 9 Mei tahun lalu, Allahyarham yang juga
Pengasas dan Penasihat Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia
dilaporkan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara
(IJN).
Allahyarham dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening , Ulu Selangor.
Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali sebelum meneruskan
pengajian ke Ma'ahad Hisyamuddin, Klang di mana beliau berguru dengan
seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.
Allahyarham
kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang dan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat ijazah Sarjana Muda Syariah
dengan kepujian pada 1976.
Allahyarham juga pernah menuntut di Beaver College Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Allahyarham
pernah bertugas sebagai guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai Dakwah selain
bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
dan Pusat Islam.
Jawatan terakhir Allahyarham ialah sebagai
Pakar Rujuk di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum
bersara secara pilihan.
Allahyarham juga adalah seorang
perunding motivasi dan pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di
seluruh dunia seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura,
United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan negara Asia Barat.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan anak murid Allahyarham.
"Semoga sabar dan reda dengan ujian ini.
"Rasa
sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadan
al-Mubarak, tatkala mendapat perkhabaran pemergian ustaz Datuk Ismail
Kamus ke rahmatullah.
"Semoga Allah mencucuri rahmat kepada
Allahyarham, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan
ditempatkan di kalangan para solihin," katanya.
Sementara
itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali turut berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham
Ismail.
Di akaun Twitternya, Azmin mendoakan agar
Allahyarham dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga
Allah SWT. Al-Fatihah.
Ahli
Dewan Undangan Negeri Chini Abu Bakar Harun telah meninggal dunia pada
usia 60 tahun di Hospital Kuala Lumpur dinihari tadi.
Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan hal ini.
"Innalillahi
wa inna ilaihi raji'un. Mendapat perkhabaran berita sedih pemergian
seorang sahabat dan rakan seperjuangan, Abu Bakar Bin Harun (Ahli Dewan
Negeri Chini) yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.
"Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," kata beliau pada hantaran di Facebook.
Wan
Rosdy menzahirkan salam takziah kepada keluarga allahyarham Abu Bakar,
berkata "semoga tabah menghadapi ujian ini. Al-Fatihah."
Allahyarham Abu Bakar meninggalkan isteri Razana Fatin Abdullah@Razali dan menurut laporan Bernama difahamkan dua orang anak, hasil perkahwinan pertama arwah.
Jenazah Abu Bakar akan dibawa pulang dari Kuala Lumpur untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Chini lewat pagi ini.
Abu Bakar pernah berkhidmat sebagai exco kerajaan Pahang dari 2013 ke 2018.
Beliau
menang kerusi Chini dengan 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil
Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi dan calon Bersatu Mohamad
Razali Ithnain yang memperolehi 1,065 undi pada pilihan raya umum lalu.
Ketiga-tiga parti sekarang menyertai kerajaan Perikatan Nasional.
Chini merupakan salah satu dari empat kerusi DUN di parlimen Pekan yang diwakili bekas perdana menteri Najib Razak.
Najib masih menang besar di parlimen Pekan pada PRU14 walau pun ketika itu dibayangi skandal rasuah 1MDB.
Difahamkan mangsa dirempuh kenderaan pacuan empat roda
KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis maut dirempuh dan dihempap sebuah pacuan empat
roda ketika sedang bertugas dalam sekatan jalan raya Ops Covid-19
susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal pagi ini.
Dalam kejadian jam 3 pagi tadi, mangsa,
Koperal Safwan Muhammad Ismail yang juga anggota polis Ibu Pejabat Polis
Daerah Kajang dirempuh berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya
Kajang-Seremban (LEKAS), Selangor.
Harian Metro melaporkan, kemalangan
menyebabkan mangsa berusia 31 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak maut
serta merta di lokasi kejadian.
Difahamkan mangsa dirempuh pacuan empat
roda model Toyota Hilux dipandu seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun
dipercayai dalam keadaan mabuk.
Mangsa dihempap oleh kenderaan itu dan mendapat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Susulan itu mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Suspek turut mengalami kecederaan dan kini dirawat di hospital sama.
Lagenda
bola sepak negara Allahyarham Salleh Ibrahim yang meninggal dunia
semalam, merupakan “generasi emas” negara yang sukar ditandingi sehingga
kini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Wan
Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pemergian Allahyarham pada 12.30
tengah hari, semalam di kediamannya di Pengkalan Chepa, akibat bengkak
hati, merupakan satu kehilangan besar kepada arena bola sepak negara.
"Allahyarham
seorang pemain emas, yang dilahirkan dari negeri ini yang membina nama
negara di peringkat dunia, sehingga digeruni pada eranya.
"Sudah tentu kami kehilangan seorang lagenda yang hebat dan sukar disaingi, oleh pemain generasi ketika ini," katanya.
Salleh
seorang pemain yang mewakili skuad negara di Sukan Olimpik Munich 1972,
menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun, dikebumikan di Tanah
Perkuburan Kampung Landak, Pengkalan Chepa, meninggalkan seorang balu
Zainon Abdullah serta enam anak.
Allayarham dikenali sebagai
pemain kental di penjuru sayap yang dilahirkan di Kedai Ketereh,
Kelantan, adalah antara wira negara di Sukan Olimpik 1972 di Munich,
Jerman, dengan menyumbang gol kedua pada minit ke-61 ketika Malaysia
menewaskan Amerika Syarikat 3-0 di Ingolstadt pada peringkat kumpulan.
Wan
Abdul Rahim berkata KAFA mengucapkan salam takziah kepada keluarga
Allayarham dan berterima kasih terhadap sumbangan yang telah diberikan
kepada pembangunan bola sepak Kelantan secara lanngsung atau tidak
langsung.
Sementara itu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Nama
Allahyarham meniti di bibir peminat, selepas berkhidmat dengan Jabatan
Penjara Malaysia pada awal 70-an apabila diberi peluang beraksi di sisi
Syed Ahmad Abu Bakar, Shaharuddin Abdullah, Wan Zawawi Wan Yusoff, V
Krishnasamy dan Namat Abdullah, individu-individu yang membentuk teras
pasukan kebangsaan.
"Allahyarham yang selesa beraksi sama ada di
sayap kanan atau kiri, mewakili Kelantan dari 1963 hingga 1972, selain
Perak dari 1973 hingga 1980,” kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan
itu, kemuncak kerjaya Allahyarham tentu sekali apabila berganding bahu
dengan Shaharuddin Abdullah dan Looi Loon Teck, selaku tiga serangkai
serangan negara di Munich 1972, bahkan namanya terakam dalam sejarah
sebagai seorang daripada hanya tiga pemain negara yang menjaringkan gol
di Sukan Olimpik.-Bernama
Reaksi
ibu kepada Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar
Mokhtar Syed Mohd Redzuan, Sabariah Arshad bercakap semasa temubual di
rumahnya, Kampung Sungai Salak Gombak, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK
GOMBAK – Walaupun selepas lima hari kematian pelawak
terkenal, Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam
namun masih ramai orang menziarahi pusaranya di sini hari ini.
Malah keluarganya juga tidak putus-putus menerima kunjungan orang
ramai terutama peminat Abam bagi menzahirkan rasa sedih mereka.
Ibunya, Sabariah Arshad walaupun terharu dengan kunjungan orang
ramai itu namun timbul kehairanan apa yang telah dilakukan oleh arwah
anaknya itu sehingga mendapat perhatian ramai pihak sejak ‘pemergiannya’
Isnin lalu.
Setahu beliau, arwah anaknya itu hanya memberi sumbangan berupa wang
ringgit kepada beberapa rumah anak yatim di sekitar Gombak sahaja.
“Dia (Abam) tidak pernah cerita tapi adalah dua tiga rumah anak yatim di bawah naungan arwah. Perbelanjaan semua dia tanggung.
“Itu sahaja yang saya tahu, yang lain tidak ada maklumat. Sebab dia
tidak pernah bercerita kepada saya. Tapi kalau dia bagi sumbangan kepada
anak yatim dia ada bawa saya sekali,” katanya kepada MalaysiaGazette
hari ini.
Sebelum itu, ramai pihak melahirkan rasa bangga dan terharu apabila
ribuan umat Islam hadir ke Masjid Gombak Utara di sini dan Tanah
Perkuburan Kampung Sungai Pusu bagi proses pengkebumian Abam baru-baru
ini.
Justeru itu, menurut Sabariah, arwah terlalu berahsia orangnya dan
enggan menceritakan apa-apa butiran mengenai segala yang beliau buat di
luar rumah.
“Dia tidak pernah cerita pun kepada kami apa amalan dia selama dia
hidup, dia balik rumah buat hal sendiri. Langsung dia tak pernah cerita
kepada kami. Tapi kalau kampung ini nak buat gelanggang badminton,
mereka akan datang jumpa Abam. Berapa nak, dia tanya?
“Abam bagi sumbangan kepada siapa, kami tidak dimaklumkan. Jadi, apa
yang kita buat kami tidak tahu, cumanya sumbangan kepada rumah anak-anak
yatim, kami tahu,” katanya dengan mata yang berkaca.
Sabariah turut berkata, anaknya itu suka membantu rumah anak yatim yang memerlukan.
Baginya, anak-anak yatim itu lebih kepada adik-beradik beliau yang sangat memerlukan bantuan pada masa itu.
“Dia marah kalau kita sebut anak yatim,” katanya dalam nada sebak.
Reda dengan pemergian Abam, Sabariah berkata, arwah merupakan seorang
anak yang baik, patuh kepada ibu bapa dan tidak pernah meninggikan
suara kepadanya.
Malah Abam merupakan anak yang sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarga.
“Dia memang anak yang patuh kepada ibu bapa. Saya dulu kahwin lain
dia tahu bapa tiri dia yang bela dia. Dia memang terpilih anak saya
seorang ini, dia baik hati.
“Kalau dia nak pergi luar kawasan, dia akan tinggalkan duit belanja
siap-siap pada saya. Dia memang baik hati, tidak pernah melawan saya,”
katanya lagi.
Ahli kumpulan pelawak Bocey itu meninggal dunia di kediamannya di
Gombak, Selangor kira-kira jam 8.30 pagi Isnin dipercayai akibat demam
panas.
Difahamkan, kejadian itu disedari isterinya, Nor Hidayah apabila Abam
tidak bangun ketika dia mengejutnya untuk solat Subuh. -MalaysiaGazette
Jenazah
Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd
Redzuan di sembahyangkan di Masjid Gombak Utara, Selangor. foto IQBAL
BASRI,
GOMBAK – Hujan renyai sebaik sahaja jenazah pelawak popular,
Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan
selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak di sini
kira-kira jam 7.40 petang tadi.
Kaum keluarga, sahabat handai dan para peminat memenuhi perkarangan
tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham
Abam yang meninggal dunia secara mengejut pagi tadi.
Abam, 32, meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki yang baru berusia lapan bulan. Sabariah
Arshad, ibu kepada Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed
Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan ditenangkan oleh adik Allahyarham di
Tanah Perkuburan Jalan Sungai Pusu Gombak, Selangor. foto IQBAL BASRI
Terdahulu jenazah Alahyarham telah dibawa dari kediamannya di Gombak
ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat dan kemudian dibawa ke
Masjid Gombak Utara untuk urusan mandi dan kafan sebelum disolatkan di
situ.
Dianggarkan lebih 5,000 datang ke masjid bagi mendirikan solat jenayah Allahyarham.
Rakan-rakan artis yang hadir antaranya Datuk AC Mizal, Datuk Hattan, Zamani, Tomok, Khir Rahman dan Datuk Zainal Abidin.
Sahabat yang menganggotai kumpulan Bocey iaitu Achey hadir di
kediaman Allahyarham sejak awal lagi sehinggalah jenazah selesai
dikebumikan. Beliau dilihat berkali-kali tidak mampu menahan air mata
kerana pemergian Abam berlaku secara amat mengejut. Achey
Bocey tidak dapat menahan kesedihan selepas selesai pengkebumian
Allahyarham Abam di Tanah Perkuburan Jalan Sungai Pusu Gombak, Selangor.
foto IQBAL BASRI,
Turut hadir di tanah perkuburan Azlee Senario dan Yassin Senario,
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut hadir di Masjid
Gombak Utara dan sempat bertemu dengan Sabariah Arshad yang merupakan
ibu kepada Allahyarham.
Di Tanah Perkuburan Sungai Pusu Gombak, orang ramai tidak putus-putus datang memberikan penghormatan terakhir kepada Abam.
Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor kira-kira jam 8.30 pagi tadi dipercayai akibat demam panas.
Difahamkan, kejadian itu disedari isterinya, Nor Hidayah apabila
Allahyarham tidak bangun ketika dia mengejutnya untuk solat Subuh.
Abam meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki, Syed Uthman
Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey. – MalaysiaGazette
Peminat industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian
pelawak Abam Bocey yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak pagi
tadi.
Perkara itu disahkan oleh adiknya Ali Puteh, yang juga merupakan seorang pelawak.
“Al-Fatihah abang,” katanya menerusi Instagram story miliknya.
Abam
atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan
seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey.
Anggota
kumpulannya Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam turut
mengesahkan perkara tersebut dengan satu hantaran video di akaun
Instagram.
“Kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau,” katanya sambil menangis.
Selain itu, Achey atau pemilik nama penuh Mohd Nasir Hamzah turut berkongsi perasaan sedih atas pemergian sahabatnya itu.
“Kenapa awal sangat Bam! Mana janji kau ! Ya Allah... guyss Abam dah tak ada guys,” katanya.
Sementara itu Astro Awani melaporkan isteri Abam, Nor Hidayah memberitahu bahawa Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya
hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi pagi tadi saya kejutkan untuk
solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya
menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah
berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman
Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Begitulah sinonimnya nama MAS dengan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, anak jati Kampung Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan ini.
Apa tidaknya, insan inilah sewaktu menjawat jawatan Pengarah
Urusan MAS dahulu telah meninggalkan syarikat itu dengan rizab tunai
sebanyak RM5 billion sewaktu persaraannya sedangkan sewaktu memegang
jawatan tersebut pada tahun 1982, MAS menanggung RM39 juta defisit dan
memerlukan RM70 juta untuk dana operasi!
Untuk rekod, MAS yang beroperasi pada Oktober 1972 kini mengalami kerugian hampir RM3 billion!
Kejadian melibatkan dua pesawatnya seperti yang kita tahu terus
memburukkan lagi keadaan kewangan syarikat penerbangan itu yang
semenangnya sudah meruncingkan.
Kerajaan melantik Christoph Mueller sebagai ketua pengarah urusan
bagi membantu MAS pada 2016 tetapi beliau meletakkan jawatan sebelum
tempoh tiga tahun perkhidmatan tamat.
Tempat beliau kemudiannya diganti oleh Peter Bellew, tetapi tempoh
perkhidmatan Bellew juga singkat dan jawatan itu kemudiannya diserahkan
kepada anak tempatan Izham Ismail sehingga kini.
Sebagai ‘orang lama’ MAS, Aziz adalah antara yang paling lantang
membuat kritikan terhadap usaha-usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan
dalam memulihkan syarikat penerbangan berkenaan.
Beliau tidak faham bagaimana MAS dikatakan terus mencatatkan kerugian
besar, walaupun mempunyai kadar muatan penumpang sebanyak 78%.
Beliau berkata, perkara itu tidak munasabah kerana sepanjang tempoh
beliau mengetuai MAS, jika syarikat mencapai kadar muatan penumpang
sebanyak 72 atau 73% maka ia sudah boleh meraih keuntungan berjuta
dolar.
“Ini satu perkara yang aneh. Kita nak tengok akaun MAS. MAS juga
baru-baru ini meraih anugerah syarikat penerbangan terbaik di Asia,
tetapi rugi RM800 juta, sedangkan syarikat yang tidak dapat anugerah
dapat keuntungan. Perlu ada penjelasan,” katanya tidak lama dulu. Ahli
Lembaga Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tan Sri Abdul Aziz
Abdul Rahman bercakap pada sidang media khas MPM menolak cadangan
kerajaan Pakatan Harapan menghapuskan Akta Hasutan di Wisma MPM, Taman
Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
Abdul Aziz suatu ketika dulu (sebelum perlantikan Izham) turut
mempersoalkan tindakan pengurusan Malaysia Airlines yang masih
bergantung harap dengan orang asing.
Menurutnya, MAS perlu memberi peluang kepada anak tempatan yang juga
memiliki kepakaran dan pengalaman yang sama dengan orang asing.
“Sebelum ini saya pernah telefon Pengarah Urusan Khazanah Nasional,
Tan Sri Azman Mokhtar berhubung orang asing menguruskan Malaysia
Airlines.
“Beliau panggil saya berjumpa dan saya persoal isu itu namun beliau
memberitahu pernah menemubual lima anak tempatan dan ke semuanya
didapati tidak layak.
“Saya pun tidak tahulah siapa yang temubual mereka ketika itu,” katanya.
Beliau turut mempersoal langkah syarikat penerbangan yang bermasalah
itu untuk membeli enam buah pesawat A380 yang pada pandangannya tidak
akan digunakan sepenuhnya dan memerlukan kos operasi yang tinggi.
Ketika beliau menerajui MAS, syarikat itu bukan sahaja cemerlang dari
segi kedudukan kewangan tetapi juga mendapat sanjungan kerana
perkhidmatan dalam penerbangan yang cemerlang.
Menjelang persaraannya pada 1992, beliau sudah mengukir nama dalam
industri penerbangan dunia.
Oleh itu tidak hairanlah sekiranya seorang
perunding yang berpangkalan di New York menawarkan beliau untuk
mengetuai Philippines Airlines untuk memulihkan syarikat yang “tenat”
itu.
“Saya tolak tawaran itu kerana kalau terima bermakna saya perlu
berpindah ke Manila dan isteri saya tak bersedia untuk ke sana,” Abdul
Aziz memberitahu Bernama dalam wawancara di kediamannya di Bukit
Damansara tidak lama dulu.
Bagi Abdul Aziz, usaha untuk menukar MAS daripada sebuah syarikat
penerbangan kecil dengan hanya laluan penerbangan domestik kepada
syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa yang berjaya adalah
pencapaian yang begitu membanggakan.
Sewaktu beliau menerajui MAS, syarikat itu mencatat pertumbuhan
drastik dalam jumlah penumpang, kapal terbang serta laluan penerbangan.
Syarikat itu melalui peringkat pengembangan operasi dan dilihat berada
pada landasan yang betul.
“Saya melakukan beberapa langkah drastik termasuk menubuhkan pasukan
petugas dengan matlamat meningkatkan keuntungan, memperkemas pasukan
pekerja dan mengenal pasti laluan penerbangan yang menguntungkan,” kata
beliau dalam temubual tersebut. President
Persatuan Pesara Penerbagan Malaysia (MASARA), Kapten, Abdul Razak
Hashim (dua kiri) diringi Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Aziz Abdul
Rahman (dua kanan) bercakap semasa sidang akhbar tentang masa depan MAS
di Eastin Hotel Kuala Lumpur, Petaling Jaya. foto MUHAMMAD ZULHAIRI
Sayangnya Abdul Aziz pada MAS tidak ada noktah.
Tahun lalu, beliau dan Persatuan Pesara Penerbangan Malaysia (MASRA)
yang dinaunginya telah mengadakan sidang akhbar khas bagi mengumumkan
kesediaan mereka tampil untuk membantu memulihkan MAS.
Dalam sidang akhbar itu, Abdul Aziz berkata, MASRA berminat untuk membantu memulihkan semula syarikat penerbangan berkenaan.
“Kami mempunyai kepakaran, kami boleh memberi nasihat,” katanya bersungguh-sungguh.
Beliau berkata MASRA tidak mahu syarikat penerbangan itu yang
dibangunkan sendiri oleh tenaga dan minda rakyat Malaysia, ditutup.
“Kami akan perjuangkannya dan menawarkan khidmat kami untuk
memulihkan semula ikon dunia ini untuk semua rakyat Malaysia menikmati
kebanggaan Golden Service yang terkenal ini,” katanya.
Namun takdir Allah tak siapa dapat mengatasinya. Hari ini dalam usia
87 tahun, lelaki yang sangat berjasa pada MAS khususnya dan negara amnya
pergi untuk selama-lamanya.
Abdul Aziz meninggal dunia di Hospital Gleneagles Ampang.
Beliau mungkin tak sempat menyaksikan MAS ‘bangkit’ semula daripada
kegagalan namun sekurang-kurangnya beliau pernah meletakkan MAS
dilandasan kecemerlangan.
Selamat jalan Tan Sri.
Pengarah muzik Faizal Uzir atau dikenali sebagai Lok-U meninggal
dunia selepas pulang dari berjogging di sekitar kawasan kediamannya di
Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, kira-kira jam 10 pagi hari ini.
Adik Allahyarham, Fairul Uzir memberitahu bahawa berita itu dimaklumkan isteri arwah, Jamariah Yusof.
“Saya
terkejut sebaik dimaklumkan. Allahyarham sesak nafas dan rebah secara
tiba-tiba selepas pulang dari berjogging. Kakak ipar kemudian
menghubungi ambulans, namun abang disahkan meninggal dunia.
“Mungkin
ia ada kaitan dengan jantung. Apapun, kena tunggu keputusan bedah
siasat untuk mengetahui punca kematian,” katanya dipetik BH Online.
Fairul berkata, urusan pengebumian akan dilakukan selepas proses bedah siasat selesai.
“Buat masa ini, arwah masih berada di hospital. Jenazah akan dibawa dan disembahyangkan di Surau Al Falah, Taman Puncak Jalil.
“Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya selepas solat Asar,” katanya.
Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata, iaitu Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.
Allahyarham
yang pernah bertugas sebagai pemuzik di Petronas, turut menimba
pengalaman dengan mengiringi persembahan ramai artis popular.
Antaranya Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Aishah dan ramai lagi.
Pemain bass kumpulan Alleycats Frank Ong meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
PETALING JAYA: Pemain bass kumpulan Alleycats, Frank Ong
atau nama Islamnya Abdul Rashid Abdullah, meninggal dunia di sebuah
pusat perubatan di Kuala Lumpur Khamis lepas kerana kanser paru-paru.
Menurut laporan, Ong, 54 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudathul Sakinah, Gombak dekat sini pada hari sama.
Allahyarham disahkan menghidap kanser pada Okt lepas dan kesihatannya dilaporkan mula merosot sejak akhir-akhir ini.
Ong meninggalkan seorang isteri Nor Askiah Abdul Wahab, 66 dan 3 anak, iaitu Jas Ong, 45, Hariz, 28 dan Myra, 24.
Allahyarham
meninggalkan balu Rosita Ismail dan dua anak Nur Hidayah, 23, dan
Haziq, 21 yang sedang menuntut di Hungary. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya
Tinggi Malaysia ke Brunei, Ismail Salam meninggal dunia pagi ini selepas
pengsan di kediamannya di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
Ismail berusia 51 tahun.
Abang Allahyarham, Abu Yamin Salam berkata allahyarham disahkan
meninggal dunia pada 8.33 pagi selepas pengsan di kediamannya kira-kira
6.30 pagi.
“Jenazah pada masa ini berada di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan,” katanya kepada Bernama.
Jenazah dijangka dibawa pulang ke Kuching, Sarawak untuk dikebumikan.
Ismail, menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan
diplomatik di Kementerian Luar pada 1992 dan pernah memegang jawatan
Setiausaha Bahagian Eropah dari Januari 2018 sebelum dilantik sebagai
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei.
Allahyarham meninggalkan balu Rosita Ismail dan dua anak Nur Hidayah, 23, dan Haziq, 21 yang sedang menuntut di Hungary. -- BERNAMA
LAJNAH Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi Dewan
Muslimat PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli
keluarga pencipta watak ‘Keluang-Man’ dan ‘Usop Sontorian’, Kamaruddin
Ismail atau lebih dikenali dengan nama Kamn Ismail yang meninggal dunia
pada usia 63 tahun semalam, 8 Disember 2019.
Almarhum merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan
aplikasi digital pada 90-an melalui penerbitan animasi Usop Sontorian,
seterusnya mencipta dan menerbitkan animasi Keluang Man melalui kaedah
hibrid animasi 2D dan 3D.
Sebelum animasi Upin Ipin, Ejen Ali, Boboi Boy dan sebagainya,
kanak-kanak era 90-an terlebih dahulu dihiburkan dengan animasi yang
bersifat bersahaja namun penuh dengan mesej kemanusiaan, persahabatan
dan nilai-nilai positif lain.
Hari ini negara Malaysia telah kehilangan seorang permata dalam dunia
animasi, dalam masa yang sama kita yakin dan percaya sudah pasti ramai
lagi generasi baru yang berbakat dalam bidang ini yang akan mengharumkan
nama Malaysia di persada antarabangsa.
Terbaharu, Le’s Copaque menerusi filem Upin Ipin : Keris Siamang
Tunggal Berjaya menempah nama standing filem animasi antarabangsa Frozen
2, Toy Story 4 dan lain-lain. Di samping itu, filem Ejen Ali telah
berjaya mengutip 6.4 juta selama 3 hari tayangan.
Semoga Malaysia terus maju jaya dalam industri seni. Sekali lagi
salam takziah buat keluarga almarhum Kamaruddin Ismail. Semoga segala
usaha dan kebaikan almarhum menjadi amal jariah bekalan yang
berpanjangan.
MARDHIAH HAYATI ZOLKEPLAI Pengerusi Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Malaysia –HARAKAHDAILY