Oleh Athirah Huda Zalhe
PAS bantah lantikan Tommy Thomas bukan sebab anti bukan Islam

BANGI
– Tindakan tegas PAS membantah cadangan pelantikan Tommy Thomas sebagai
Peguam Negara baharu, bukan disebabkan parti itu bersikap anti bukan
Islam.
Ketua
Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, yang menjadi isunya
apabila beliau melihat ada pihak tertentu cuba memanipulasi bantahan
majoriti umat Islam terhadap pelantikan itu.
Katanya, PAS tidak mempertikaikan ilmu, kemahiran dan profesionalisme yang dimiliki Tommy sebagai seorang peguam yang handal.
Namun jelas beliau, apa yang mendorong bantahan umat Islam adalah berikutan cadangan melantik Tommy ke platform Peguam Negara.
“Bukan
bermakna peguam yang handal, sesuai mengisi jawatan rasmi sebagai
penasihat undang-undang YDPA (Yang di-Pertuan Agong) dan kerajaan
Malaysia.
“Malaysia
kini hadapi banyak isu mengenai kedudukan dan wibawa syariat Islam dalam
negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Nasrudin
berkata, ketidaktentuan itu mendesak negara memerlukan Peguam Negara
yang mampu memberi nasihat dengan tepat dan bertindak bijak demi
keutuhan Islam di Malaysia.
“Apakah
kerajaan Malaysia telah ketandusan tokoh peguam muslim yang berkaliber
tinggi untuk mengisi post Peguam Negara?,” soalnya.
Krisis
pelantikan Peguam Negara berlaku selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH)
memohon pekenan Yang di-Pertuan Agong supaya Tan Sri Mohamed Apandi Ali
dipecat, dan digantikan dengan peguam kanan Tommy Thomas.
Bagaimanapun
sehingga hari ini, istana belum memberi sebarang jawapan. Difahamkan,
esok Majlis Raja-Raja akan bermesyuarat bagi menyelesaikan krisis
pelantikan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan