ISMAWEB
Planet Merah mengorbit 57.6 juta kilometer dari Bumi
WASHINGTON
– Planet Marikh akan kelihatan lebih besar dan terang dalam masa
beberapa minggu akan datang berbanding 15 tahun lalu, menurut Agensi
Angkasa Lepas dan Aeronautik Nasional (NASA)
Agensi
berita Xinhua melaporkan pada 31 Julai, Planet Marikh mengorbit pada
kedudukan paling hampir dengan bumi, iaitu kira-kira 57.6 juta
kilometer.
Jarak
antara Bumi dengan Marikh itu adalah paling hampir dicatatkan sejak
tahun 2003. Apabila Marikh dan Bumi rapat antara satu sama lain, Marikh
akan kelihatan sangat terang di langit.
Keadaan
itu membolehkan ia mudah dilihat menggunakan teleskop atau mata kasar
dan fenomena tersebut hanya berlaku sekali atau dua kali dalam tempoh 15
atau 17 tahun.
Paling terbaru fenomena berkenaan berlaku ialah pada tahun 2003, apabila jarak itu hanya 55.7 juta kilometer jauhnya.
Seorang
ahli astronomi di Balai Cerap Cincinatti, Dean Regas berkata, kepada
Mother Nature Network apa yang berlaku kali ini adalah peluang terbaik
untuk orang ramai melihat Marikh.
“Marikh
akan dapat dilihat dengan mata kasar. Ia akan kelihatan seperti cahaya
lampu oren yang menyala di tenggara selepas matahari terbenam,” katanya.
Katanya,
ia akan menjadi lebih terang daripada mana-mana bintang yang lain, lebih
terang daripada Musytari, hampir cerah seperti Venus.
Selain itu, orang ramai boleh melihatnya pada setiap malam untuk beberapa bulan akan datang.
Bagaimanapun
katanya, Marikh akan kelihatan semakin malap pada pertengahan Ogos
kerana planet merah dan bumi akan bergerak lebih jauh dari satu sama
lain di orbit ketika mengelilingi matahari. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan