Isnin, 5 Mac 2018

Wan Azizah optimis pembebasan Anwar cetus inspirasi

KEADILAN DAILY

ff1ef529-daec-40fa-8e67-dbed8de1ee5b

Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini optimis pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meniup semangat perubahan di kalangan rakyat.

Presiden Pakatan Harapan itu menyatakan keyakinan tersebut selepas merasmikan upacara kiraan hari menuju pembebasan ikon Reformasi itu di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Walaupun cuaca panas, Dr Wan Azizah yang juga merupakan isteri kepada Anwar kelihatan tersenyum riang sewaktu menyingkap tirai merah yang menutup angka gergasi kiraan hari itu.

“Anwar sekarang dalam penjara dan sebelum ini kita tak nampak beliau di depan mata.

“Sekarang beliau akan dibebaskan dan ia menghantar isyarat yang kita ada peluang untuk perubahan,” kata anggota Parlimen Permatang Pauh itu pda sidang media selepas pelancaran.

Anwar yang kekal memimpin gabungan pembangkang dari sebalik jeriji penjara dijangka akan dibebaskan pada 8 Jun 2018.

Beliau sebelum ini dipenjarakan selama 5 tahun kerana Fitnah II yang digubah oleh pihak Umno BN.

Tiada ulasan: