Ahad, 4 Mac 2018

Sudah 10 tahun dituduh PAS bekerjasama Umno

ASLANI M


PASIR MAS: Tuduhan kononnya PAS bekerjasama dengan Umno sebenarnya sudah kedengaran sejak 2008.
 
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, ketika itu PAN belum lagi diwujudkan.
 
Katanya, pemimpin parti terbabit masih lagi bersama PAS biarpun sudah kedengaran kononnya PAS mahu bekerjasama dengan Umno.
 
"Sehingga sekarang bermakna sudah 10 tahun isu itu berlalu namun tidak juga menjadi kenyataan sehingga sekarang," katanya ceramah Bangkit Pertahan di Kampung Jias malam tadi.
 
Hadir sama Yang DiPertua (YDP) PAS Pasir Mas, Datuk Hanifa Ahmad, Timbalannya, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, Naib YDP, Zuraidin Abdullah, Ketua Pemuda, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan Adun Tendong, Rozi Muhamad.
 
Program itu bermula dengan solat Maghrib kemudian diikuti kuliah Maghrib yang disampaikan Ustaz Su Azhar.
 
Idris juga berkata, beliau yakin Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali menyertai Umno selepas Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menjadi Perdana Menteri. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: