Isnin, 5 Mac 2018

Selangor salur RM10 juta biaya pesakit jantung

KEADILAN DAILY

31dcbb0e-9344-4a63-a1bf-06dfb3372cfd


Negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Harapan terus menjaga kebajikan rakyat dengan pelancaran Skim Rawatan Jantung Selangor bersama Institut Jantung Negara, semalam.

Menerusi skim itu, sejumlah RM10 juta diperuntukkan untuk merawat 500 orang pesakit jantung dari Selangor.

“Saya difahamkan, pada masa ini terdapat hampir 20,000 pesakit jantung dari Selangor yang sedang menunggu giliran untuk mendapat rawatan.

“Oleh itu, kerajaan negeri bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meluluskan sejumlah RM10 juta bagi tahun 2018 untuk membiayai skim ini dengan menjalin kerjasama dengan IJN sebagai rakan strategik,” kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada majlis pelancaran skim itu semalam, lapor Selangorkini.

Skim itu merupakan sebahagian daripada skim penjagaan kesihatan bersepadu yang diumumkan menerusi Belanjawan Selangor 2018

Tiada ulasan: