Isnin, 19 Mac 2018

PH pecat pegawai tinggi kerajaan jika menang PRU14

sitifatimah

Syor jawatan tinggi dilulus di Parlimen sebelum dapat perkenan Agong


BANGI – Pakatan Harapan akan memecat semua pegawai tinggi kerajaan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN), sekiranya gabungan pembangkang itu memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, langkah itu akan dilaksanakan sebaik sahaja Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan sedia ada.

Katanya, pegawai tinggi kerajaan ditugaskan untuk memegang amanah dan menjaga kepentingan rakyat, bukannya menjaga individu tertentu.

“Jadi jika PH berjaya memegang kerajaan dengan mandat yang diberikan rakyat, saya boleh masukkan dalam janji 30 hari pertama, kami akan pecat semua pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang memihak kepada BN.


“Ini melampau. Kalau nak berpihak kepada ‘government of the day’ itu tak apa. Tapi mereka melampaui batas dengan melindungi penjenayah.

“Bagi kami Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu penjenayah. Ia satu yang tak boleh diterima,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, PH akan mengesyorkan lantikan individu bagi jawatan tinggi dalam kerajaan diluluskan di peringkat Parlimen, sebelum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Katanya, ia termasuk pelantikan untuk jawatan Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara.


Tiada ulasan: