Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
SHAH ALAM: Imej Amanah Kelantan turut tercalar di mata rakyat negeri
itu ekoran tempias perbalahan agih kerusi dalam kalangan empat parti
komponen Pakatan Harapan (PH), kata ADUN Cempaka Ahmad Fathan Mahmud.
Justeru biarpun parti itu dikatakan mendapat majoriti kerusi di
Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Amanah perlu bekerja
keras bukan hanya untuk meraih undi tetapi perlu meyakinkan pengundi
bahawa PH sebuah gagasan yang kukuh, kata Fathan.
"Saya tak nampak Amanah makin kuat. Penyokong yang kuat sokong Amanah
sebelum ini, sekarang ini mereka dah hilang kepercayaan kepada parti itu
bila mereka tengok kepada perkembangan muktahir parti Amanah," katanya
ketika dihubungi Antarapos.
Fathan bertegas, Amanah sebagai satu daripada komponen PH akan terkesan dengan isu-isu kontroversi yang membelit gagasan itu.
Ujarnya, pengundi kini celik maklumat dan semakin bijak menilai prestasi sesebuah parti politik.
"Dalam isu-isu melibatkan Islam, yang terbaru isu empat orang murtad di
Sarawak, kita tengok Pengerusi Amanah Sarawak yang menjadi juru cakap
dalam membentangkan SOP untuk murtad, itu merupakan isu besar.
"(Begitu) Pertelingahan Amanah di Pulau Pinang dalam pengagihan kerusi
dengan Bersatu (PPBM), kesimpulannya rakyat tidak yakin dengan keadaan
yang berlaku sekarang. Pertelingkahan antara mereka, ini belum lagi
mentadbir, memerintah belum lagi pilihan raya kalau hal ini mereka tak
boleh selesaikan.
"Berbeza masa kita dalam Pakatan Rakyat, sebelum PRU. Alhamdulillah
kita boleh buat perbincangan dengan PKR dan DAP dalam agihan kerusi dan
sebagainya," katanya.
DUN Kelantan mempunyai 45 kerusi dengan 31 darinya dikuasai PAS, 13 pula dari Umno dan satu kerusi milik Amanah.
Kerusi Parlimen pula menyaksikan PAS menguasai sembilan kerusi manakala BN pula memiliki lima kerusi.
Fathan kemudiannya menambah perkembangan terbaru bahawa Amanah Kelantan
mendapat majoriti kerusi untuk dipertandingkan di Kelantan tidak
sesekali menggugat PAS.
Beliau juga yakin Amanah tidak akan diterima di Kelantan lebih-lebih
lagi selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menarik balik Darjah
Kebesaran dua pemimpin Amanah negeri itu baru-baru ini.
"Di Kelantan saya taknampak mereka boleh menang, lebih-lebih lagi
terutama dalam isu penarikan gelaran 'Datuk' kepada Husam Musa dan Wan
Abd Rahim.
"Sejarah yang lepas, parti-parti yang bertelingkah dengan istana ini mempunyai masalah masa depan.
"Ini isyarat awal, kalau kita tengok istana tarik gelaran orang utama
Amanah Kelantan, ini memberi kesan kalau istana dah tarik , macam mana
mereka boleh menang ? Adakah istana akan terima dua orang ini sebagai
Menteri Besa kalau awal-awal dah tarik? Itu adalah isyarat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan