Jumaat, 2 Mac 2018

Pemuda PPBM dedah ada individu gesa RoS siasat Umno

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Pemuda PPBM mendedahkan seorang Ketua Cawangan Umno telah mengemukakan laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), bagi mendesak siasatan terperinci dilakukan terhadap parti itu yang didakwa sedang menghadapi krisis perlembagaan. 
 
Ketua Penerangan Pemuda PPBM Ulya Uqamah Husamuddin walau bagaimanapun, enggan mendedahkan nama individu berkenaan, yang dakwanya sulit.  
 
“Tuan-tuan, kami ingin juga katakan hari ini saya difahamkan awal pagi tadi. Seorang Ketua Cawangan Umno telah pun hadir kepada  RoS untuk memberi laporan mengenai isu dan krisis perlembagaan ini. 
 
“Maka daripada laporan yang telah dijalankan ahli Umno tersebut, Ketua Cawangan bukan calang-calang. Ketua Cawangan Umno tersebut termasuk dengan petisyen daripada rakyat yang telah kita bawa hari ini,” katanya kepada pemberita diluar pejabat Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini. 
 
Ulya yang bersama ahli sayap pemuda parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu hari ini turut menyerahkan surat gesaan dan petisyen kepada wakil RoS, untuk diserahkan kepada Ketua Pengarahnya Surayati Ibrahim. 


Tiada ulasan: