Pakatan
Harapan (PH) belum lagi memuktamadkan sama ada bekas Pengerusi Bersih
2.0 Maria Chin Abdullah akan disenaraikan sebagai calon gabungan itu
pada Pilihan Raya umum ke-14.
Pengerusi PH Tun Dr Mahathir berkata, walaupun hasrat Maria Chin untuk bertanding kerusi bebas dan tidak menyertai mana-mana parti, namun keputusan itu seakan tidak dipersetujui Dr Mahathir.
” Kita akan berbincang dengan beliau kerana kita belum lagi membuat keputusan.
“Satu yang kita tidak mahu jika berlaku tiga atau empat penjuru kerana ia akan memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional,” ujarnya ketika ditanya media mengenai kesediaan Maria Chin menjadi calon bebas untuk bertanding dalam PRU-14 akan datang.
Minggu lepas, akhbar arus perdana New Straits Times melaporkan Maria mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Batu atau Petaling Jaya Selatan, Ambiga pula dikatakan akan bertanding di Kapar atau Segamat.
Semalam Maria Chin melalui sidang medianya dipetik berkata menawarkan diri sebagai calon bebas dan bersedia bertanding di bawah logo Pakatan Harapan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan