PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2017 akan diumumkan pada 15 Mac ini.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, calon boleh mendapatkan
keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10
pagi pada hari sama.
Katanya, calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau
boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat mereka mendaftar
sebelum ini.
"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2017 melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM
Katanya, perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 15 Mac dan akan ditamatkan pada jam 6 petang 21 Mac 2018.
Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih dengan memuat turun e-Lembaga Peperiksaan.
Pada tahun lalu, seramai 443,883 calon mendaftar untuk menduduki SPM di
3,363 pusat peperiksaan di seluruh negara yang mana 386,331 calon
sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan;
8,461 adalah calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian
Pendidikan; 8,346 calon dari sekolah menengah agama negeri; 1,976 dari
sekolah menengah agama rakyat; 14,883 calon sekolah swasta yang
berdaftar dengan Kementerian Pendidikan dan 23,886 adalah calon
persendirian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan