Khamis, 14 Februari 2019

Putrajaya tak campuri urusniaga Felda di Indonesia

KEADILAN DAILY

azmin ali


Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata Putrajaya tidak akan mencampuri langkah Felda unthk melupuskan pegangan dalam PT Eagle High Plantations Tbk, yang dimiliki syarikat pelaburan Indonesia, Rajawali Group.

Azmin berkata beliau percaya pihak pengurusan Felda sudah membuat pertimbangan sewajarnya dalam hal tersebut.

“Pihak lembaga sudah putuskan dan melihat perkara berkenaan secara mendalam. Kita tidak masuk campur keputusan yang dibuat oleh ahli lembaga.

“Biarlah proses ini berjalan dahulu dan mereka boleh selesaikan perkara ini secara baik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra sambutan Tahun Baru Cina Persatuan Hokkien Malaysia di Subang Jaya, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Felda menuntut kembali AS$500 juta (RM2.03 bilion) yang dilaburkan ke atas ladang kelapa sawit dan aset pengeluaran berkaitan gula di Indonesia pada Mei 2017.

Akhbar itu turut menyatakan, lembaga pengarah Felda dikatakan memutuskan untuk melaksanakan tindakan berkenaan dalam satu surat bertarikh 3 Januari lalu kepada Rajawali Group.

Rajawali Group adalah syarikat milik jutawan Indonesia, Peter Sondakh yang sebelum ini dilaporkan amat rapat dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tiada ulasan: