Wartawan Watan-Online
Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menegaskan pendirian parti itu jelas untuk membantu UMNO dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mac nanti.
Beliau berkata kerja-kerja yang dilakukan berjalan seperti yang dirancang dan tidak wujud sebarang arahan untuk menghentikan kerjasama dengan UMNO.
Katanya komitmen ditunjukkan PAS untuk membantu UMNO sebagai rakan bersama dalam blok pembangkang sekaligus menolak dakwaan konon PAS kini menyokong calon Pakatan Harapan (PH) dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Tidak betul dakwaan (PAS tidak sokong UMNO). PAS turun membantu kempen calon UMNO di Semenyih. Gerak kerja kempen PAS berjalan seperti dirancang.
Saya sekali lagi tegaskan PAS akan turun berkempen bantu UMNO dan saya sendiri pun turun berkempen bantu UMNO,” katanya kepada media di Shah Alam, Selangor pada Selasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan