Rabu, 13 Februari 2019

Nak bincang apa, mereka sudah jadi ahli Bersatu – KJ

Wartawan MalaysiaGazette

MGF20012019_KJ-BANTU-KEMPEN-ORANG-ASLI06-1-681x454
Khairy Jamaluddin


KUALA LUMPUR – Apa lagi yang hendak dibincangkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerima penyertaan tujuh bekas Ahli Parlimen UMNO.

Ini kerana, kesemua mereka sudah menerima kad keahlian masing-masing semalam.

“Apa lagi hendak dibincangkan? Mereka semua telah menerima kad keahlian PPBM semalam,” kata Khairy Jamaluddin di Twitter.

Ahli Parlimen Rembau itu mengulas kenyataan Lim Guan Eng sebentar tadi yang memaklumkan perbincangan itu akan diadakan dalam masa terdekat menerusi semangat kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha DAP itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai penyertaan tujuh bekas Ahli Parlimen UMNO itu terutama Datuk Shabudin Yahaya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Shabudin pernah digelar sebagai monster oleh Guan Eng ekoran kenyataannya yang menyokong perkahwinan antara perogol dan mangsa untuk menutup kes seumpama itu.

Malah, Guan Eng tetap mengecam kenyataan Shabudin itu sehingga hari ini.

Selain Shabudin, enam lagi bekas Ahli Parlimen UMNO yang menyertai Bersatu ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut); Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu); Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing); Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah). – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Shabudin perlu jelaskan pendirian – Guan Eng
Tujuh ahli UMNO akhirnya diterima masuk Bersatu

Tiada ulasan: