Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menyoal kenapa
kerajaan Pakatan Harapan tidak membuka semula siasatan terhadap kes-kes
pembunuhan berprofil tinggi yang dikaitkan dengannya.
"Sudah 10 tahun, jentera dan propaganda DAP berkali-kali menuduh saya adalah pembunuh Altantunya Shaariibuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed.
"Semua kertas siasatan dan kuasa agensi-agensi siasatan untuk semua kes pembunuhan ini ada pada tangan Kerajaan PH.
"Oleh itu, saya mahu semua tuduhan-tuduhan pembunuhan terhadap saya disiasat dan diputus supaya kita tahu siapa yang benar-benar berdosa.
"Tetapi setelah lebih dari 4 bulan, kerajaan PH masih tidak membuka semula kes-kes pembunuhan ini," katanya pada suatu hantaran di Facebook hari ini.
Oleh sebab itu, Najib berharap rakyat Malaysia tidak akan lagi mengaitkan dirinya dengan kes pembunuhan itu yang disifatkannya sebagai fitnah.
"Dengan perkembangan terkini ini, saya harap semua rakyat Malaysia tidak lagi melibatkan nama saya dengan semua kes-kes pembunuhan ini.
"Adalah sangat zalim jika nama seorang difitnah sebagai pembunuh. Apatah lagi jika difitnah berterusan telah membunuh 5 orang?
"Perlu diingati bahawa angkara fitnah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan," katanya.
Altantuya
ditembak mati dan diletupkan dnegan bahan letupan gred tentera pada
2006 oleh dua pengawal Najib yang merupakan anggota unit elit komando
polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.
Ini kerana Australia mengamalkan prinsip menentang hukuman mati dan tidak memulangkan pelarian yang memohon suaka kerana berhadapan hukuman mati di negara asalnya.
Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown mendakwa timbalan pendakwaraya SPRM, Morais menghantar kepadanya draf pertuduhan terhadap Najib yang menjadi perdana menteri ketika itu mengenai skandal 1MDB yang kemudian didakwa oleh pihak berkuasa sebagai palsu.
Rewcastle-Brown
membuat dakwaan itu dalam pernyataan pembelaan berkaitan saman fitnah
yang difailkan (dan kini telah diselesaikan) terhadapnya di United
Kingdom oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada November 2017.
Mayat Morais ditemukan di dalam sebuah tong dram yang telah dipenuhi simen konkrit di Subang Jaya.
Hussain Najadi merupakan pengasas Arab Malaysia Development Banking Group, yang kini dikenali sebagai Ambank. Beliau ditembak mati pada Julai 2013.
Pascal Najadi, anak Hussain mendakwa ayahnya dibunuh kerana melaporkan "rasuah." Akaun Najib yang didakwa menerima kemasukan berbilion ringgit dari dana yang diselewengkan adalah di Ambank.
Bagaimanapun, siasatan polis terdahulu tidak menemukan sebarang kaitan dengan Najib.
Najib telah berulang kali menafikan semua tuduhan yang mengaitkannya dengan kes pembunuhan berkenaan
LIHAT FB DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan