PERDANA Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bahawa rakyat akan menjatuhkan kerajaan sekiranya Pakatan Harapan gagal menunaikan janji pilihan raya.
Menurut Tun, “Sekarang rakyat sedang
memerhati kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini pembangkang untuk
menunaikan janji-janji pilihan raya. Namun malangnya Pakatan Harapan
kini mendapati mereka tidak mampu melunaskan semua janji mereka kepada
rakyat seperti yang terkandung dalam manifesto”.
“Jadi untuk pusingan seterusnya, rakyat akan menumbangkan kerajaan,” ujar beliau.
Situasi yang digambarkan ini pernah disaksikan oleh rakyat di negara India dan Jepun.
Di
India, Parti Janata (JNP) telah mengalahkan Parti Kongres (INC) dalam
pilihan raya 1977 dan menyaksikan buat pertama kalinya Perdana Menteri
dilantik bukan daripada Parti Kongres yang memerintah India sejak
kemerdekaan 1947.
Namun tidak sampai dua tahun
pentadbirannya, Perdana Menteri Morarji Desai telah dipaksa untuk
melepaskan jawatan dan seterusnya Parti Janata ditumbangkan dalam
pilihan raya 1980 atas faktor kegagalan membangunkan ekonomi dan
perpecahan dalaman sesama mereka.
Manakala di Jepun, parti pembangkang
utama, Parti Demokratik Jepun (DPJ) telah berjaya mengalahkan Parti
Liberal Demokratik (LDP) dalam pilihan raya 2009 yang merupakan parti
pemerintah selama lebih 50 tahun.
Namun DPJ hanya mampu bertahan selama
tiga tahun dan dikalahkan dalam pilihan raya 2012 akibat kegagalan DPJ
untuk menunaikan janji-janji reformasi dan populis yang dikemukakan
mereka dalam pilihan raya 2009.
Berbalik kepada situasi yang sedang
dialami di Malaysia, ramai yang mungkin terlupa akan sebuah akujanji
bertulis dan ditandatangani pada 8 Mac 2018 di Putrajaya.
Perakuan bertulis ini termaktub di dalam
kata pengantar ‘Buku Harapan’ setebal 195 muka surat yang memuatkan
segala janji manifesto Pakatan Harapan dalam PRU14 bertemakan ‘Membina
Negara, Memenuhi Harapan’, antaranya menyebut:
“Buku ini mengandungi janji-janji
kami PAKATAN HARAPAN kepada rakyat Malaysia apabila menubuh Kerajaan.
Inilah dasar dan tindakan-tindakan yang akan kami laksana untuk memulih
semula dan MEMBINA NEGARA serta MEMENUHI HARAPAN rakyat”.
“Saya mewakili seluruh anggota Pakatan Harapan dengan rendah diri dan tawakkal kepada Allah Ta’ala menawarkan diri untuk menggalas tanggungjawab berat ini. Kami merayu agar rakyat memberi kami peluang untuk membuktikan kebolehan kami untuk memperbaiki negara untuk rakyat”.
“Dengan terbitnya buku ini, kami juga dengan penuh tanggungjawab menyatakan bahawa kami sanggup dihakimi oleh rakyat, sejauh manakah kami berjaya memenuhi janji-janji ini.”
“Jika kami gagal atau mungkir janji, tolaklah kami melalui proses demokrasi.”
“Saya mewakili seluruh anggota Pakatan Harapan dengan rendah diri dan tawakkal kepada Allah Ta’ala menawarkan diri untuk menggalas tanggungjawab berat ini. Kami merayu agar rakyat memberi kami peluang untuk membuktikan kebolehan kami untuk memperbaiki negara untuk rakyat”.
“Dengan terbitnya buku ini, kami juga dengan penuh tanggungjawab menyatakan bahawa kami sanggup dihakimi oleh rakyat, sejauh manakah kami berjaya memenuhi janji-janji ini.”
“Jika kami gagal atau mungkir janji, tolaklah kami melalui proses demokrasi.”
Inilah hakikat sebuah janji Malaysia Baharu yang kini sudah menjadi realiti, dan akan terus menjadi saksi.
Sabda Rasulullah S.A.W. (maksudnya): “Tanda-tanda orang munafik ada tiga; apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mungkiri, dan apabila diberi amanah dia khianati”. (Riwayat Bukhari)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan