Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata empat mangsa iaitu dua wanita dipercayai warga Vietnam manakala seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang lagi lelaki yang belum dikenal pasti warganegara ditemukan kira-kira pukul 9.30 pagi.
“Tiga mangsa dipercayai dijumpai di dalam bilik air manakala seorang lagi ditemukan di dalam bilik karaoke,” katanya.
Sebelum itu, dua lelaki masing-masing berumur 36 dan 37 tahun disahkan maut oleh pegawai perubatan kerana sesak nafas manakala seorang lelaki berumur 39 tahun kritikal.
Kira-kira 39 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kebakaran kira-kira pukul 5.49 pagi tadi.
Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati ada asap di dalam bangunan dan membawa mangsa turun dari bangunan itu.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan