Oleh Wartawan Ismaweb.net
Apa yang didedahkan ini, jika benar, adalah salah laku serius di pihak Tommy sebagai Peguam Negara: Aidil Khalid
BANGI – Sesetengah bahasa dalam rakaman audio ini terlalu ‘kotor’. Anda dinasihatkan supaya membuat penilaian sendiri. – Pengarang
“Antara
perkara yang didedahkan dalam rakaman suara Siti Kasim ialah dia
mendakwa bahawa dia sudah ada rancangan bersama-sama dengan Peguam
Negara, Tommy Thomas berkenaan bagaimana kerajaan akan membawa kes orang
asli.
“Siti
Kasim adalah peguam swasta, manakala Tommy Thomas adalah Peguam Negara.
Urusan Peguam Negara adalah urusan rasmi, yang tidak seharusnya
dibincangkan dengan mana-mana pihak luar.
“Apa yang
didedahkan ini, jika benar, adalah salah laku serius di pihak Tommy
sebagai Peguam Negara. Kerana ia adalah dakwaan bahawa pentadbiran
undang-undang negara kini ditunggang oleh pihak luar.”
Demikian kata aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Aidil Khalid, ketika berkongsi
rakaman audio telefon perbualan Siti Kasim dengan seorang lelaki
dikenali sebagai ‘Man’ yang disiarkan seorang pengguna, Sabrina Syed, ke
dalam laman Facebook beliau sebentar tadi.
Video Player
00:00
10:58
Sehubungan itu, beliau menggesa satu Suruhanjaya Diraja wajar ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan salah laku Peguam Negara ini.
“Rangkaian
peristiwa bermula dari video joget lambak Tommy Thomas bersama Siti
Kasim tempoh hari; diikuti dengan swafoto gedik mesra mereka berdua;
seterusnya laporan berita Jabatan Peguam Negara membuat keputusan untuk
tidak mendakwa Siti Kasim atas insiden jari tengah.
“Dan kini
pendedahan rakaman suara rancangan bersama Siti Kasim dan Peguam Negara
dalam hal pentadbiran undang-undang — kesemua ini mendedahkan kepada
salah laku, konflik kepentingan, dan salah guna kuasa yang wajar
disiasat kesahihannya oleh satu badan bebas,” kata Aidil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan