Selasa, 12 Jun 2018

Umno tidak faham tujuan Mahathir ke Jepun dan BN ke China, kata AMT Bersatu

 
Umno tidak faham tujuan Mahathir ke Jepun dan  BN ke China, kata AMT Bersatu

Dengan tindakan Unit Komunikasi Strategi Umno mempersoalkan rundingan pelaburan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam lawatan kerja tiga hari, menunjukkan  Umno-BN sebenarnya yang telah menjual Malaysia atas nama pelaburan China, kata Tariq Ismail.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, Umno telah membuktikan tanpa ragu-ragu bahawa mereka tidak memahami apakah maksud Pelaburan Langsung Asing (FDI) menurut piawaian global.

.”Dengan mempersoalkan bagaimana rundingan pelaburan PM dengan Jepun adalah berbeza daripada perjanjian bekas rejim dengan China, Umno akhirnya mengakui bahawa parti itu “menjual” Malaysia ke China dengan nama pelaburan.

“Umno menuduh pentadbiran kerajaan hari ini menjadi tidak sah kerana tidak mempercayai statistik ekonomi yang kononnya diiktiraf oleh Bank Dunia dan agensi-agensi dalaman.

“Sebaliknya Umno telah membuktikan tanpa ragu-ragu bahawa ia tidak memahami apakah Pelaburan Langsung Asing oleh piawaian global,” ujarnya dalam kenyataaan .

Tariq yang juga Ketua Bahagian Bersatu Sri Gading mengulas mengenai kenyataan dibuat Unit Komunikasi Umno malam tadi yang dipetik berkata, lawatan Dr Mahathir ke Jepun sebagai suatu tarikan bagi para pelabur Jepun sehingga menjual Malaysia kepada negara matahari terbit itu yang serupa dengan hubungan BN sebelumnya dengan negara China.

Ini susulan Umno mempersoalkan usaha Dr Mahathir menarik pelaburan Jepun, sedangkan ketika pemerintahannya sebelum ini juga melaksanakan ‘Dasar Pandang ke Timur’ yang banyak menarik projek mega melibatkan syarikat dan pembiayaraan Jepun.

Namun ia tidak dipersoalkan mana-mana pihak kerana ketika itu tidak ada kemudahan internet dan Dr Mahathir juga menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana pihak yang mengkritiknya, dakwa Umno.

“Bagi Dasar Luar Negara Malaysia, ia tidak berubah dengan serta-merta semata-mata kerana kepimpinan kerajaan baharu.

“Perubahan mendadak itu mengganggu … merujuk kepada apa yang berlaku kepada hubungan diplomatik Amerika Syarikat ketika Trump mengambil alih dan mengganggu dasar sedia ada sebelumnya,” ujarnya.

Bagaimanapun Tariq menambah sebarang perubahan Dasar Luar Negara Malaysia mestilah berasaskan kepada strategi dan hanya selepas penilaian yang teliti terhadap kedudukan semasa Malaysia.

Umno turut mempersoalkan beberapa jawatan menteri kabinet yang gagal dinamakan setelah sebulan kerajaan Pakatan Harapan ambil alih kuasa dari rejim BN antaranya portfolio bagi menteri luar.

“Menteri Luar, apabila dia dipilih, akan menjadi orang yang mempunyai sifat-sifat yang diperlukan untuk menjadi Ketua Diplomat Malaysia dan bukannya Ali, Ah Chong atau Muthu yang hanya kelayakannya dia mahir bertuturbahasa Inggeris lebih baik daripada bosnya.

“Dan dia akan menjadi orang yang boleh diterima oleh semua parti komponen Pakatan Harapan, agaknya tidak seperti tabiat BN akan melakukan bantahan terhadap BN.

“Jepun telah memainkan peranan penting dalam perindustrian Malaysia, bukan hanya dengan menjadi inspirasi untuk Dasar Pandang ke Timur, tetapi juga dalam kesediaan untuk melabur dan memberi manfaat kepada Malaysia dari segi ekonomi dan rakyat.

“Malah istilah Jepun untuk FDI secara khusus tidak menghalang kedaulatan kita sebagai sebuah negara,” ujarnya.

Semalam Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta pegawai dari kementerian luar negeri tiba di Jepun untuk lawatan kerja tiga hari.

Tiada ulasan: