Jumaat, 22 Jun 2018

SAYA AKAN BERJUANG BERSIHKAN NAMA SAYA – NAJIB




Walaupun menyedari berkemungkinan akan dipenjarakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau sama sekali tidak akan meninggalkan Malaysia.

Sebaliknya, bekas Presiden UMNO itu berkata, beliau akan berjuang untuk membersihkan namanya daripada segala pertuduhan yang dilemparkan.

“Tidak…, saya tidak pernah berhasrat untuk meninggalkan negara kerana kalau saya berbuat demikian ada yang beranggapan saya bersalah.

“Saya tidak boleh menjadi buruan sepanjang hayat saya. Saya mahu bersihkan nama saya,” kata Najib dalam wawancara bersama Reuters.

Sebelum ini, Mahathir yang juga Perdana Menteri berkata pihak pendakwaan kini hampir melekatkan segala bukti bagi mengheret Najib ke mahkamah.

Bagaimanapun Mahathir tidak dapat menjangkakan bila proses undang-undang itu akan dikenakan terhadap Najib.


Tiada ulasan: