Beliau berkata, kerajaan juga akan merundingkan untuk mendapat harga terbaik bagi penyiaran perlawanan tersebut.
"Buat masa ini kita sudah berjaya mendapat 41 perlawanan, tapi pada masa sama saya mengarahkan RT untuk merundingkan bagi mendapat lebih banyak perlawanan.
"Kita akan lihat jika kita boleh dapat lebih banyak, atau kita boleh kurangkan harga,” katanya kepada pemberita dalam acara berbuka puasa di Putrajaya.
Kesemua 41 perlawanan itu melibatkan 27 perlawanan yang disiarkan secara langsung dan 14 siaran tertunda.
Ia melibatkan kos RM30 juta, yang ditaja sepenuhnya oleh pengiklan.
"Maxis adalah penaja utama. Kita sudah menerima penaja, kita akan umumkan senarai dan jumlah (tajaan),” kata Gobind lagi.
Gobind pada Selasa lalu telahpun memberi jaminan bahawa RTM akan menyiarkan perlawanan pembukaan dan juga perlawanan akhir secara langsung.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata syarikat swasta akan menaja RM30 juta yang diperlukan untuk menyiarkan Piala Dunia 2018.
Lim berkata kerajaan persekutuan tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk menyiarkan perlawanan itu.
"Kami telah mendapatkan tajaan daripada syarikat swasta berjumlah RM30 juta, dan mereka akan mendapat keuntungan menerusi iklan mereka yang disiarkan ketika siaran.
"Setiap penonton boleh jimat sekurang-kurangnya RM100, kerana kita perlu membayar kira-kira RM100 untuk menyaksikan perlawanan di televisyen satelit," katanya.
RTM menyediakan 27 siaran langsung perlawanan dan 14 siaran tertunda daripada keseluruhan perlawanan yang berlangsung selama sebulan itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan