Atiqah Ismail, Astro Awani
Azizah
menyeru ahli UMNO terus menyantuni suara rakyat selain memastikan
rintihan rakyat di bawa ke peringkat tertinggi parti tersebut. - Foto
fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Wanita UMNO
Sabah tekad perbetul kesilapan serta menganggap kekalahan pada pilihan
raya umum lalu merupakan ruang untuk bermuhasabah diri dan perjuangan
parti.
Menurut Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd Dun, UMNO perlu bangkit semula memperbetulkan kesilapan yang mengakibatkan kekalahan parti itu selepas 60 tahun memerintah negara.
“Kita masih banyak kelebihan tetapi kita kena tengok balik mana kesilapan kita.

“Rakyat telah beri isyarat menolak kita tetapi itu bukan
pengakhirannya. Mereka bagi peluang untuk kita muhasabah diri atau
memperbetulkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Malah, beliau turut menegaskan, Wanita UMNO akan terus berdiri teguh bagi menyantuni suara akar umbi rakyat meskipun kerajaan hari ini ditunjungi oleh Pakatan Harapan.
“Perjuangan kita hari ini benar-benar memikirkan masa depan anak cucu kita.
“Kita tetap berhati waja selain akan terus bangkit mendekati rakyat seperti mana kita lakukan selama ini walaupun kita dalam keadaan serba kekurangan. Kita tidak akan lemah semangat,” katanya lagi.
Dalam pada itu, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengingatkan semua ahli UMNO kekal menjadi penghubung atau saluran utama dalam memastikan suara rakyat didengari di peringkat tertinggi parti berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan